gambar dari google
Perkahwinan bahagia dikenal pasti sebagai cara terbaik untuk bebas dari jangkitan selesema.Hal ini diakui melalui kajian yang dilakukan oleh para penyelidik dari Universiti Birmingham,United Kingdom.
Ketua penyelidik,Dr. Anna Phillips, menjelaskan keadaan rumah tangga yang tidak bahagia akan mengakibatkan stress yang diikuti efek negatif pada tindak balas kekebalan tubuh terhadap serangan flu.Tindak balas negatif tersebut merupakan indikasi buruk dari kemampuan tubuh melawan virus selesema.Kajian yang dilakukan ke atas 180 individu itu mengkaji paras antibodi yang dihasilkan tubuh bagi melawan penyakit di dalam darah.Semakin tinggi paras yang ditunjukkan bermakna semakin baik sistem kekebalan tubuh.Keadaan itu juga bemakna tubuh semakin kuat dalam menahan serangan virus selesema yang cukup mudah menular.
Hasilnya,individu yang mengaku menjalani pernikahan bahagia memiliki paras antibodi yang jauh lebih tinggi di dalam darah berbanding mereka yang sedang mengalami pergolakan rumah tangga.
Sumber dari : Harmoni bil: 131
Semakin lama diselak semakin banyak info yang cikmin dapat dalam Harmoni ni..kadang-kadang rasa macam tak masuk akal je..kalau nak diikutkan mister cikmin dengan selesema ni memang susah nak dipisahkan secara kekal.selang sebulan mesti meleleh je keluar..terpikir sejenak..adakah ‘kami’ kurang bahagia?..akan tetapi jika selesema dia disebabkan kegatalan hidung disebabkan terlebih makan seafood..cikmin boleh urut dada la kan..
Incoming Search Terms:
- rumah tangga yang tidak bahagia (3)
- patung kek kahwin (2)
- cake perkahwinan (1)


Selamat berbahagia kepada yang sudah berkahwin. Bila agaknya nak hilangkan selesema ini.
.-= matdin´s last blog ..Laicikang dan idea bisnes RM XX,XXX.XX =-.
[Reply]
cikmin Reply:
March 11th, 2010 at 2:27 am
Terima kasih…hihihi..selesema sape la tu ye… ngeee…
[Reply]
psstt!! kak…patung replika tu bikin gempak je memula buka blog td…hahaha
[Reply]
cikmin Reply:
March 11th, 2010 at 7:39 am
wakakakak…akak sendiri pun memula jumpa patung perantin tu pun terasa jugak gempaknya…tapi artikel tu pun buat akk tertanya-tanya sebenarnya…..ermmmm..menggemparkan bagi akak jugak lah.
[Reply]
pernah gak terbace dulu ttg hal ni..kebenarannya mybe leh terima pakai..hehe..tp apa-apa pun..antibodi bdn kene kuat jugak kan..
cantiklah gambar kek patung nih..hehe
.-= ina´s last blog ..7 bulan!! =-.
[Reply]
cikmin Reply:
March 11th, 2010 at 10:30 am
owh ye ke..cikmin baru je terbaca artikel ni..dalam tenet tak pernah jumpa lg..kena banyak godek2 majalah jugak ni..hihihi..comel kan patung perantin tu…
[Reply]
jom apa lagi bagi yang belum kahwin tu…..
[Reply]
cikmin Reply:
March 11th, 2010 at 10:31 am
yehaaaa..sila la berkahwin cepat2 ye..opsss..pada yg belum okeh..yg dah jangan pandai2 lak nak kawen 2..ngeeee…
[Reply]
Erm… mengikut kajian je kan… alhamdulillah tahun nie kurang selesema..
.-= zik´s last blog ..Industri Animation di Negara kita =-.
[Reply]
cikmin Reply:
March 11th, 2010 at 10:29 am
insya’ALLAH la kan…seb bek pagi tadi mister ckp..dia bahagia dgn cikmin..huhuhu..kalau tak bergetar ahh dada ni..ngeeee..
[Reply]
kalau kek perantin cam tu kat sini…

agak2 ada tak makcik2 yb pensan??!!
.-= DrSinga´s last blog ..Bukan 434 =-.
[Reply]
cikmin Reply:
March 11th, 2010 at 2:41 pm
hehehe..boleh apa kita suh kedai design camtu..
hehehehe…
[Reply]
bahagia le tu..kalau ada komunikasi.kalau tak de komunikasi susah jugak. tau isi hati yang tersurat tersirat.tapi ada jugak up and down.dalam fairy tale ke la kalau semua cantik dan beutiful sepanjang zaman…
[Reply]
cikmin Reply:
March 11th, 2010 at 2:42 pm
alhamdulillah setakat ni..ye..biasa la asam garam rumah tangga..ada gak psg surut..bukan sbb selesema je.. ngeeee..
[Reply]
hehehe..sama la kita cikmin…cik abang pun selalu selsema bila dia selalu berjaga malam untuk buat drawing…
.-= shiori´s last blog ..drawing again =-.
[Reply]
cikmin Reply:
March 11th, 2010 at 4:36 pm
hehehe…tapi kita tetap bahagia kan.. ngeee…
[Reply]
kakngah Reply:
December 22nd, 2010 at 11:36 pm
@cikmin,
kan.. kan..
yg penting BAHAGIA
kalau abg tu asek seksema… pandai2 la ubat kan..
[Reply]
oh, saya harus berkahwin supaya hilang selsema ni.hehehe
.-= DaHLia´s last blog ..Hanya kerana seulas bawang, perang meletus?? =-.
[Reply]
cikmin Reply:
March 11th, 2010 at 5:01 pm
erkkkk… kena hilangkan dulu dahlia..baru boleh tawen…
[Reply]
kakngah Reply:
December 22nd, 2010 at 11:35 pm
@cikmin,
kalau tak.. berjangkit pulak kt pasangan…
[Reply]
Salam CikMin,
Kalau dua dua selsema macamana pulak tu? hehehe…
CikMin, mak tok, tok ayah & nenek mikael dok sini dua minggu saja… tak lama lagi diorang dah nak balik malaysia semula…
[Reply]
cikmin Reply:
March 11th, 2010 at 6:39 pm
salam ijan..hehehe..tak dapat nak bantu la kalau macam tu..ishhh..lorrr..2 weeks je ke..tak puas la mikael manja dgn mak/pak tok dan nenek..
[Reply]
tahu gak psl ni. Alhamdulillaah, akak mmg jrg kena selsema, tp kalau hubby tu selalu sgt sbb ada resdung!!!
[Reply]
cikmin Reply:
March 12th, 2010 at 11:26 am
hehehe…min tgk akk dgn hubby tu bahagia romantis gitu..
[Reply]
salam cikmin. buat apa malam jumaat ni? ke dah masuk beradu? hehe… cepatnya cikmin dah beli harmoni 131. kakchik yg 130 pun belum habis baca.
[Reply]
cikmin Reply:
March 12th, 2010 at 11:28 am
salam chik..belum lg la chik..mcm bese jejalan keblog2 dulu mlm2..klu ada special kes..after 3am..hehehe..terus solat subuh kan…ngeee..haaa ye..cikmin suka harmoni tu..cepat la kena beli..selak2 dulu..hehehe.
[Reply]
wah best ni.. leh bitau kt abg kita ni.. dia ada mslh selsema dari kecik lg.. bulan 8 ni nk kawen dh.. hahaha kira leh settle ar prob dia tu klu dia maintain bhgia :p
.-= arieza´s last blog ..::: Jam Ted Baker Ku Retak Berderai =-.
[Reply]
cikmin Reply:
March 12th, 2010 at 11:23 am
ekekekekek..ye2 je la ko ni dik..kang mengamuk la abg ko tu…
[Reply]
Macam-macam pulak dah, kalau bahagia semua sihat
[Reply]
cikmin Reply:
March 13th, 2010 at 8:10 pm
hehehe…sekadar menambah ilmu je tu..
[Reply]
kakngah Reply:
December 22nd, 2010 at 11:34 pm
@cikmin,
yg bagus tu kan lebih afdal dipanjang2kan sesama kita… sharing is caring
[Reply]
owh ye ke???patutlah daku jarang2 kene seleseme cik min…bahagialah tu erk…kekekeee
tp klu sekali dah berjangkit,haukkkk nak baiknye…meleleh segale air…muke sembab tak hengat…rope orang ilang laki…kembang semangkok seloroh muke!haishhhh!!!
.-= Fiza Nordin´s last blog ..Tauhu Goreng Singapura =-.
[Reply]
[...] to find other good bronze garden statues posts and videos on our blog! You might also want to …Perkahwinan Bahagia Jauhkan Selesema | cikmin.comgambar dari google Perkahwinan bahagia dikenal pasti sebagai cara terbaik untuk bebas dari jangkitan [...]
kalau kerap sgt selsema.. bkn kerana antobodi yg lemah ke??
[Reply]