Selamat Ulang Tahun ke-9 Nur Yasmin Farzana

selamat hari lahir yasmin farzana


Tepat pukul 1 pagi 31/03/2001 Nur Yasmin Farzana
atau nama manja di kalangan keluarga,Kakak
dilahirkan kedunia.Membesar,menjadi anak yang sihat
mendengar kata,ada masa je macam tak dengar,
menggembirakan hati ibu dan abah bila kakak selalu mendapat
keputusan peperiksaan yang cemerlang.
Kakak, ibu lihat seorang yang sangat mengambil berat
cuma kadang2 cara kakak tu membuatkan ibu dan abah tak paham.
Ibu dan Abah suka bila kakak buat salah,kakak akan minta maaf dengan
segera,tak kira la dengan siapa.Ibu dan Abah doakan kakak
akan terus berjaya ke menara gading seperti mana
cita-cita kakak untuk menjadi seorang Doktor.
Doktor Farzana,sweet jugak kan?yang paling ibu terharu
bila kakak kata,bila jadi Doktor,nak bagi rawatan percuma
pada orang yang tak berkemampuan..sejuk perut ibu
mengandungkan kakak..waktu kakak lahir tu pun
memang ibu kesejukan dalam air cond.
Kakak nak tahu,lahirnya kakak kedunia
menggembirakan hati ibu dan abah bila kami
dapat tahu bayi yang lahir itu seorang bayi perempuan.
Bahagia tak terkata sebab selama mengandungkan kakak
ibu selalu tak dapat lihat jantina kakak bila buat scan
Doktor kata ,baby suka main cak-cak.
Dan yang paling penting sekali,ibu tak mahu
kakak lupa,21 jam selepas kakak dilahirkan
ibu kehilangan Adik perempuan ibu,
Allahyarhammah Yeni Suhana dalam suatu
kemalangan jalan raya.AL-FATIHAH
Semoga Rohnya dicucuri Rahmat-NYA.
Amin.

Related Posts:

  1. Tahniah yasmin
Number of View :287
You can leave a response, or trackback from your own site.

16 Responses to “Selamat Ulang Tahun ke-9 Nur Yasmin Farzana”

  1. yanmie says:

    hepi besday buat yasmin moga pnjg umur murah rezeki, jadi anak yang solehah dan berjaya dlm hidup…amin…
    .-= yanmie´s last blog ..Hot keywords dan Buffered ke 25 dari Nuffnang =-.

    [Reply]

    cikmin Reply:

    eh lupa lak nak balas komen ni,makasih atas doa untuk yasmin ye yan :) amin..

    [Reply]

  2. Bb Hussain says:

    Happy Birthday Kakak..Many more happy returns to u..;)
    .-= Bb Hussain´s last blog ..Apa ada pada 310310 =-.

    [Reply]

    cikmin Reply:

    Baru perasan tak reply mesej ni,thanks aunty BB.. :)

    [Reply]

  3. yuka says:

    happy birthday yasmin farzana aka kakak…semoga kejayaan sentiasa mengiringi kakak….

    [Reply]

    cikmin Reply:

    Thanks aunty yuka :) amin..

    [Reply]

  4. ~asha~ says:

    selamat ulang tahun ‘doktor’ farzana…

    cikmin…kehilangan seseorang digantikan yg baru….kan..

    kat family sy pun byk terjadi gitu…malah ada pada tarikh sama…time cucu dilahirkan..neneknye kembali ke ramahtullah…
    .-= ~asha~´s last blog ..Wah aku mmg Bleh Jadi Mamarazi (aku dapat duit, aku dapat ye ye ye) =-.

    [Reply]

    cikmin Reply:

    Terima kasih asha,,dah ketentuan ALLAH,redha dengan pemergian arwah,semoga rohnya dicucuri rahmat-NYA.

    [Reply]

  5. shiori says:

    selamat ulangtahun farzana….semoga panjang umur murah rezeki…terharu bila baca entry cikmin…sekejap je anak2 kita dah besarkan cikmin…huhhuhuhu…
    al-fatihah buat adinda kesayangan cikmin..aminn
    .-= shiori´s last blog ..Aktiviti Pagi Sabtu =-.

    [Reply]

    cikmin Reply:

    Salam shi,sori lambat pulak reply mesej ni,terima kasih banyak-banyak atas doa dari shi tuk yasmin.AL-FATIHAH.

    [Reply]

  6. izan ishak says:

    happy 9th birthday nur yasmin farzana….!
    kejap je anak cikmin dah besar…
    moga dia terus berjaya di dunia maupun akhirat.

    [Reply]

    cikmin Reply:

    Terima kasih izan,amin..semoga yang baik-baik la hendaknya kan. :)

    [Reply]

  7. kakchik says:

    Selamat Ulang Tahun Kelahiran Yasmin! Semoga apa yang Ibu sebutkan tu menjadi titipan berharga buat Yasmin, erk, Dr Farzana Yasmin, insyaAllah.
    Dan al-fatihan untuk arwah adik cikmin, semoga bahagia di alam barzakh.
    .-= kakchik´s last blog ..Bercuti panjang lagi… =-.

    [Reply]

    cikmin Reply:

    Salam kakchik,maafkan la lambat pulak reply mesej ni,Terima kasih atas ucapan dan doa dari chik,AL-FATIHAH.. :)

    [Reply]

  8. imran says:

    Dah masuk darjah 3 dah anak cikmin ye :D

    [Reply]

    cikmin Reply:

    Ada anak dara sweet 17teen jugak… :P

    [Reply]

Leave a Reply