Budak Melayu Bermata Biru

Salam semua,Terima kasih atas ucapan selamat dari kamu,kamu,kamu yang sangat prihatin tentang masalah kesihatan yang cikmin hadapi.Alhamdulillah tangan sebelah kiri cikmin ni tak patah atau retak,cuma dislocated je tulangnya mungkin sebab dah lama sangat menanggung sakit hampir 2 bulan.Sekarang tangan sebelah kiri ni dah bersimen separuh,nak menaip pun hanya boleh dengan satu jari,huhuhu.Doktor kata rest untuk seminggu,lepas tu baru boleh enjoy blogwalking! sementara tu korang layan la entri-entri yang berupa petikan artikel yang menarik perhatian cikmin untuk dikongsi bersama dengan korang disini.Segala komen-komen korang yang terdahulu tu cikmin akan balas dengan gaya slow motion :P maaf atas kelewatan.

Berbalik pada tajuk entri kat atas tu,beruntung kan adik kecil tu,tak payah beli contact lens pun,hehehe.Teringat zaman kegedikkan cikmin ketika muda-mudi dulu,macam-macam kaler contact lense ni cikmin ada,sampai pernah pakai sebelah lain-lain pun ada,hahaha! ingat lagi tak sayang? Kalau nak tahu bagaimana mata adik kecil yang berumur 1 tahun 4 bulan ini boleh bermata biru ,sila la klik more…

SUNGAI PETANI 23 April – Kampung Teluk Amboi, Pulau Sayak, Kota Kuala Muda dekat sini menjadi tumpuan penduduk sejak beberapa hari lalu gara-gara seorang kanak-kanak lelaki Melayu bermata biru.

Kanak-kanak tersebut, Mohd. Aizat Aiman Mohd. Rizal, berusia 1 tahun 4 bulan menjadi tumpuan ramai kerana warna matanya berbeza dengan kebanyakan masyarakat negara ini yang rata-rata hitam atau perang.

Datuk kepada Mohd. Aizat Aiman, Ahmad Mustafa, 62, memberitahu, kejadian pelik itu berlaku selepas beberapa bulan cucunya dilahirkan.

“Semasa dilahirkan, matanya berwarna hitam macam kebanyakan kita. Namun, selepas beberapa bulan ia berubah warna menjadi biru dan berkilauan.

“Kami sekeluarga hairan kerana tidak mempunyai darah kacukan orang barat ataupun Asia Barat,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Ahmad berkata, keluarganya pernah membawa Mohd. Aizat Aiman menjalani pemeriksaan di beberapa hospital di Sungai Petani dan Pulau Pinang.

Namun, katanya, doktor mengesahkan mata Mohd. Aizat Aiman itu tidak mengalami sebarang masalah dan boleh melihat seperti kanak-kanak biasa.

Ditanya tentang kejadian aneh sebelum Mohd. Aizat Aiman dilahirkan, Ahmad berkata, semasa mengandung, ibu kanak-kanak itu, Noraini Ahmad, 31, dikatakan gemar bermain dengan seekor kucing peliharaan mereka yang bermata biru.

“Noraini suka membersihkan mata kucing itu kerana tertarik dengan warnanya yang kebiruan. Orang tua-tua kata, mungkin kejadian mata biru Mohd. Aizat Aiman ada kaitan dengan kenan kucing,” ujarnya.

Bekas nelayan itu berkata, Mohd. Aizat Aiman itu juga mungkin mewarisi ciri-ciri bapanya, Mohd. Rizal Mohamad, 34, yang mata kanannya sedikit kebiruan tetapi tidak ketara.

“Noraini dan Mohd. Rizal merupakan insan istimewa kerana mereka berdua bisu dan mempunyai masalah pendengaran. Mereka bekerja sebagai operator kilang di Seberang Perai dan hanya pulang ke kampung dua minggu sekali,” katanya.

Tambahnya, dia bagaimanapun berasa bimbang dengan masa depan Mohd. Aizat Aiman yang mungkin mewarisi kecacatan ibu bapanya yang tidak boleh mendengar.

“Doktor memaklumkan bahawa cucu saya ini disyaki mengalami masalah pendengaran dan perlu menjalani pemeriksaan dua bulan sekali di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani,” katanya.

Ahmad bagaimanapun berharap, cucunya itu dapat menjalani kehidupan seperti insan normal.

“Dia seorang yang aktif dan sering menarik perhatian ramai kerana ciri anehnya yang bermata biru. Kini, dia juga mula petah bersuara walaupun setakat ini tidak dapat pastikan sama ada dia boleh bercakap atau tidak dalam beberapa tahun lagi. Kami doakan agar dia mempunyai sifat sempurna seperti orang lain,” katanya.

Utusan

Number of View :739

Incoming Search Terms:

  • budak melayu mata biru (20)
  • budak mata biru melayu (18)
  • Mata biru (7)
  • Melayu mata biru (4)
  • macaron sungai petani (3)
  • bermata biru (3)
  • budak bermata biru (3)
  • budak malaysia mata biru (2)
  • budak bermata satu (2)
  • kanta lekap (2)
You can leave a response, or trackback from your own site.

17 Responses to “Budak Melayu Bermata Biru”

  1. azizan4444 says:

    memang lawa kaler tu..susah kot nak jumpa org melayu yg matanya kaler lain selain hitam.hoho
    .-= azizan4444´s last blog ..………. ………. ………. ………. =-.

    [Reply]

  2. izan ishak says:

    alahai comel je kanak2 nih…mata warna biru…
    .-= izan ishak´s last blog ..Apa Itu Salmonella? =-.

    [Reply]

  3. ~azatie~ says:

    salam cikmin…Alhamdllh dh bransur sihat yer…hati2 jgn angkat benda2 berat tgn tue!nanti mai umah k.atie yer…amik munge..
    .-= ~azatie~´s last blog ..Alhamdulilah….dh sihat!! =-.

    [Reply]

  4. kakngah says:

    OKU la ko kejap yer cikmin..
    hihihi!! jgn marah yer..

    aku ingt gambar mata budk tu dh diphotoshopkan..
    rupa2nya betul yer..
    kuasa Allah..
    .-= kakngah´s last blog ..tayangan unggul =-.

    [Reply]

  5. Bb Hussain says:

    kalau mata cekelat tu byk gak la kan..tp ni biru oo..anugerah Allah ;)
    .-= Bb Hussain´s last blog ..Spaghetti Bolognese & Sambal Gulai Tempoyak =-.

    [Reply]

  6. Dauspozi says:

    MasyaAllah cantiknya mata dia, mengalahkan mata baby mat calleh… huhu, mat calleh?… Maybe ini keistimewaan yg dia dpt, keluarga ni boleh dikatakan keluarga PANCAINDERA, mom and dad dia Istimewa dari segi percakapan (bisu) dan pendengaran (pekak… dan anak dia dpt keistimewaan mata yg indah…
    .-= Dauspozi´s last blog ..Blogger Minggu Ini: Hadi Spot =-.

    [Reply]

  7. ezza says:

    rasa nak g beli contact lens biru je…
    jeles dengan budak itu…
    waaa…

    [Reply]

  8. wansteddy says:

    xperlu pakai kanta lekap. confirm cantik dah matanya :)

    [Reply]

  9. ifti says:

    comelnye dak ni mata biru…bersinar seh mata dia ekeke
    .-= ifti´s last blog ..Tag From Nickindajungle =-.

    [Reply]

  10. yanmie says:

    wow..kuasa Allah kan kak :)

    [Reply]

  11. r0slina says:

    comelnya mata dia..biru terang lak 2.. like it :)
    .-= r0slina´s last blog ..My Dream Destination =-.

    [Reply]

  12. darkbatman says:

    kak, original ker ne?hehe
    .-= darkbatman´s last blog ..Gatsby Street Fair Blogger I Love =-.

    [Reply]

  13. Qaira says:

    Salam kunjungan pertama…

    Dah baca gak dlm paper smlm.. ada gak penah jumpa b4 org melayu mata kaler ijo..tp tak terang sgt…alal2 jek gitu.. tp yg ni biru memancarrrr gitew..berchahayerrr…hehehe

    [Reply]

  14. ayu koyu says:

    ayu de kawan sorang kat jengke nie,name dier khamis.
    mate dier biru mcm bdk 2 r..kitowank pggl dier `khamis blue`
    ley r suroh dier msk paper paih nie

    [Reply]

  15. imran says:

    Dahsyat…. Ni ada keturunan mat salleh kot :D
    .-= imran´s last blog ..Umur bukan halangan =-.

    [Reply]

  16. deeya says:

    kuarga sy pn ada mata biru tmasuk sy sndiri..huhuhu

    [Reply]

  17. eddikl says:

    wow…sape tahu….

    [Reply]

Leave a Reply