Pesamah Daging
Salam,
Semalam bukan main, 3 kali entri masakan keluar,tetiba hari ni dah petang baru keluar 1 entri masakan je,hehehe.
Faheem demam selsema,cikmin agak kelam kabut jadinya nak melayan kerenah dia,dengan terkejar nak masak,itu pun sempat jugak masak daging pesamah,taugeh goreng,ikan kembung goreng dan sambal belacan.Cikkamal tak turun padang hari ni sebab dia pun ada kesibukkan dia sendiri kan.
Rezeki nak makan Daging Rusa lagi,beberapa minggu lepas abah ada balik Semenanjung,merasa la ketam,udang dan ikan merah,ingat lepas ni nak suruh dia bawak balik lobster semporna pulak.
Meh kita tengok resepi Pesamah Daging ni,kalau nak layan Daging rusa,korang kena la mai rumah cikmin,hehehe.

Resepi Pesamah Daging
Bahan-bahan:
1 kg Daging (cikmin guna daging rusa)
2 paket kecil rempah kari daging
4 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
2 sm halia*
3 sudu kerisik
1 biji kelapa-diambil santan
Garam
Gula
Air
Minyak untuk menumis
Bahan bertanda* dikisar dan dibahagi dua
Cara-caranya:
1.Perapkan daging yang sudah dibersihkan dengan rempah kari dan bahan yang telah dikisar untuk seketika.
2.Tumis baki bahan kisar didalam kuali.
3.Masukkan daging dan sedikit air,biarkan sehingga mendidih dan daging menjadi empuk.
4.Masukkan santan kacau seketika kemudian masukkan kerisik,garam dan gula secukupnya.
5.Masak sehingga kuahnya menjadi sedikit pekat.
6.Siap untuk dihidangkan bersama nasi,pulut atau roti jala.
sumber:Mingguan wanita bil:1377
Incoming Search Terms:
- resepi daging rusa (131)
- pesamah daging (91)
- RESEPI DAGING MASAK PESAMAH (54)
- resepi pesamah daging (51)
- resepi pesamah (42)
- pesamah daging resepi (36)
- resepi daging pesamah (35)
- daging masak pesamah (34)
- pesamah (30)
- daging pesamah (24)


sedapnya !! =)
kalau makan dengan ketupat atau nasi kunyit mesti best nie ..
kak min daging rusa rase dia macam mane ? tak pernah rase lagi .. huhu
.-= zqah´s last blog ..Tumpang SEO Blog Orang Lain =-.
memang sedap..ada lagi tu lebih daging ni,ingat jap lagi nak cari lemang la..slurpppp! daging rusa lembut,rasa macam daging biasa..tapi sedap lebih la..camni,makan daging rusa macam makan daging biasa yang tenderloin..
.-= cikmin´s last blog ..Pesamah Daging =-.
@cikmin,
cepat empuk kan….
@zqah,
blh ganti rendang.. asek rendang jek.. jemu pulak.
alahai..syiannya faheem selsema ye. klu bdk2 sakit ni, kita mak budak akan jadi kelam kelibut. tp sempat gak min buat pesamah daging tu! sedap!!!
ye la kak..dengan dah 3hari dia tak membuang..baru kejap tadi dia lepas hajat..sian betul..bagi minum air dalam botol tak mahu,nak suap dengan sudu..adesss..min masak sekali harung sampai dinner hari ni..layan tenet pun sambil2 dia gayut dengan min..
.-= cikmin´s last blog ..Pesamah Daging =-.
@cikmin,
faheem sembelit ke???
@ain,
cikmin kan supermommy.. hiks!
Salam..min,
Klu gi gumah min nti leh wat tuk Intan tak…?Tapi klu pegi pun next year dlm awal thn….hehehe
Lauk tuh nmpk sedapppp………….nyummnyumm
salam intan..wah..lamanya tak bertegur sape eh..bizi betul kan..
insya’ALLAH..kalau ada rezeki intan nanti..adalah..
@cikmin,
mudah2an ada la jeki untuk intan…
@Intan,
nakpegi rmh cikmin ke??
nk hekot..
pernah mkn daging rusa sekali je, mmg sedap daging dia lembut je…tp klu bg skrg nie tak tau lah blh masuk lg ke tak..sbb masa mkn dulu nenek x bgtau pun tu daging rusa..dh abis mkn baru nenek bgtau..sabar jelah..hahha tp mmg sedap!
hehehe..anak akak kalau tahu pun diorang tak makan..ntah kenapa la pulak..sama la daging kan..kalau kancil tu mungkin la sebab kancil tu halus macam kucing je
tapi semalam bohong sunat kat diorang kata daging lembu..okey la pulak diorang makan…hehehe.
@cikmin,
kehkehkeh… ko psiko bebudak tu yer…
owh…resepi daging plak.selalunyer ayam,..huhuhu..nice..nmpk menyelerakan..
.-= apiih´s last blog ..CPU inside Keyboard..emmm =-.
ye la..macam-macam lepas ni nanti resepi ayam/daging..hehehe.
@cikmin,
berderet la tu kuar… hihihi!!!
senangjek la..
msk senarai wajip cuba ni
bila nk cuba jek xtau.. hahahah!!
ye ngah..ko guna ayam pun ok jugak..jadi la pesamah ayam..hahaha!
@cikmin,
aku dh try. guna dgg kamben.
hmm makan dengan ketupat mesti sedap giler nih