
Salam,
Entri last untuk hari ini,satu hari 2 entri cukup la kan,ekekek.Entri masak je bukan entri yang macam kamu dan kamu buat tu ye.Ilham nak buat Ayam Masak Kicap Buah Kiwi datang masa tengok rancangan Jalan-jalan cari makan dengan Serina Redzuan tu.Masa tu salah sebuah Restoran di Utara yang Serina pergi menghidangkan makanan yang ada letak Buah Naga dalam masakan.Wow!! teruja pulak bila melihat si Serina ni mengunyah makanan tu dengan penuh kenikmatan. ![]()
Oleh kerana Buah Naga tiada,cikmin gantikan dengan Buah Kiwi,cikkamal bagi thumbs up,sedap! ada rasa manis masam dihujungnya.Selalu kalau cikmin makan masakan yang berkicap ni,cepat terasa loyanya,tapi bila letak buah kiwi ni,takde pulak cikmin rasa macam tu.Tambahan pulak tadi ada Sambal Mangga,perghhhh! meletup! Meh tengok resepi,mudah je nak sediakannya.
Resepi Ayam Masak Kicap Buah Kiwi
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar*
3 biji bawang kecil*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
2 sb cili kering kisar
2 sb kicap manis
1 sb sos tiram
1 sb kicap pekat
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
2 biji buah kiwi dibelah 6
1 biji bawang besar dimayang
sedikit air
Bahan bertanda * dikisar
Cara-caranya:
Ayam di gaul bersama garam dan kunyit,goreng separuh masak.
Ambil sedikit minyak lebihan goreng ayam tadi,tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi hingga naik baunya,kemudian masukkan cili kisar tumis hingga pecah minyak.
Masukkan kicap manis,kicap pekat,sos cili,sos tomato,sos tiram dan sedikit air,biar hingga mendidih
Masukkan ayam,kacau sehingga ayam masak,masukkan bawang yang telah dimayang dan buah kiwi,kacau biar mesra.Setelah buah kiwi nampak layu,tutup api,masakan siap untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba!
Nota cikmin: Ahad ni cikmin nak masak Ayam Masak Merah Buah Naga pulak.
Salah satu hidangan untuk Majlis cukur jambul,naik buai dan selawat untuk Faheem.
Incoming Search Terms:
- ayam masak kicap (121)
- resepi ayam masak kicap (55)
- resepi ayam kicap (10)
- ayam masak kicap pedas (5)
- resepi ayam masak kicap simple (5)
- ayam black pepper (4)
- masak ala ayam (4)
- resepi ayam masak kari (3)
- resep masak ayam (2)
- resepi sambal kicap (2)


wah sedap ni cik min, siap letak buah kiwi lagi
[Reply]
cikmin Reply:
June 10th, 2010 at 10:57 am
ye sedap av,try it!
[Reply]
something new ni!!
[Reply]
cikmin Reply:
June 10th, 2010 at 10:59 am
ye kak ain,gara-gara buah naga tu takde,letak kiwi yang memang ada stok
[Reply]
waah!!
baru ni..
tak pernahr asa lagi hehe..
[Reply]
cikmin Reply:
June 10th, 2010 at 10:59 am
nak rasa buat la ye
tak menyesal lah..
[Reply]
Hi KakMin, kiwi in chicken??? That sounds new to me!!! Nampak sedap lor ayam tuh…yummmm
[Reply]
cikmin Reply:
June 10th, 2010 at 11:01 am
hi love,sounds new to me too,just try it,the outcome marbeles!
[Reply]
aku tgk part restoran buah nago tu..
[Reply]
cikmin Reply:
June 10th, 2010 at 11:02 am
hehehe..aku nak buat weekend ni..meh jemput ko sekeluarga datang!
[Reply]
hehee baru tau buah kiwi blh letak dlm ayam msk kicap, mesti rasanya sedap
Yan hantu buah kiwi..mkn camtu je…adesss
[Reply]
cikmin Reply:
June 10th, 2010 at 11:03 am
try la yan,kalau hantu kiwi,macam-macam cara dia boleh makan punya..hihihi.
[Reply]
menyelerakan..suka la bab2 ade ayam nih..ehehehhe
[Reply]
cikmin Reply:
June 10th, 2010 at 11:24 am
apiih..nanti suh omak masak eh..sodap tau ayam ada kiwi ni..bukan kiwi kasut tau..
[Reply]
wah biasa orang letak buah tomato je dalam masak kicap untuk rasa masam2 manis tuh kan…ni letak buah kiwi lak…ni masakan hotel nih..maklum la buah kiwi kan mahal skit…hehhehe..
[Reply]
cikmin Reply:
June 10th, 2010 at 5:56 pm
alaaa shi,kebetulan kan buah kiwi tu ada dalam peti,taram je la,tak sangka la pulak sedap,ekekekek.
[Reply]
nyum2…sedapnyer….
[Reply]
cikmin Reply:
June 10th, 2010 at 5:55 pm
hehehe..
[Reply]
wah sedp gila!!. grr. nk jgk. masak kan bley?. xreti r kalu masak bnda payh2 camni. huhu. bley?. ahah
[Reply]
cikmin Reply:
June 10th, 2010 at 5:55 pm
elooooo,awek ko tak reti masak ke?
p/s memang giler sedap! ko pi suruh awek ko masak tau.
[Reply]
salam cikmin,
Oh… ada kenduri faheem ya? kalu buat lauk tu, sure ramai yg nak rasa. saya tak pandai sgt makan masak kicap bubuh buah tomato. kalu bubuh buah kiwi or naga tu, sure sedap punya..
[Reply]
cikmin Reply:
June 10th, 2010 at 5:54 pm
salam nur,
a’ah..cikmin buat kecik je majlis nya,sekadar melepaskan hajat.Tu la cikmin nak kan kelainan sikit bila letak buah naga tu.
[Reply]
ooo masak kicap pun boleh taruk buah kiwi.. ingatkan kiwi makan fresh jer.. huhuhuk.. besan mu yang jakun…
[Reply]
uuiii..cam pelik lak tapi cam sedap je..
[Reply]
waa.. sedap gile! nak try la masak nti. thanks 4 da recipe.
[Reply]
ni kena copy smeua ni balik umah bagi mak suh buat..hhihi..
[Reply]
sorry ye empunya resepi … I nak copy resepi ni nak masak… kiwi my favorite + ayam = mesti best ni…
[Reply]
kenapalah terbc entry ayam yg sdap nie dikala perot tgh berdangdut..huhu..mmg nk kne g kdai order benda nie(ada ke jual?)..kalu xda jual kt kdai..kne order kt sni lh jwbnya..Ayam Masak Kicap Buah Kiwi..satu..nasi putih satu..mmg sdap gle..
[Reply]
aku rasa.. aku ada tgk la episod JJCM hak yg tu..
keliling resoran tu penuh ngn pokok buah naga.
[Reply]
skrg dh ada buah naga kaler kuning.
dh pernh jumpa lom??
[Reply]