Noktah Erna ke Laila Asyikin

AUTO POST:Masa entri ni auto publish,cikmin tak siap submit Income Tax lagi kot,huhuhu.

TV3 ni memang happening la,patut la sifu ku sampai tak layan chanel dari stesyen TV lain dah.Khamis 1 julai ni ada Slot Samarinda baru manggantikan Noktah Erna yang bertajuk Laila Asyikin,sumpah sedap nama ni.Nokhtah Erna pulak kalau nak tahunya cikmin layan di dramamelayu.com je pasal sekarang ni kan musim World Cup,kuasa ke atas TV di waktu malam memang tarak.Nampak gayanya cik laila asyikin ni pun cikmin kena tengok kak lappy lagi la.Sifu,nama ni boleh masuk list la nanti ye. :P

Pelakon utama yang pegang watak sebagai Laila Asyikin ni cun jugak,dalam Nur Kasih pun nama dia Lailanabila,owhhh i miss adam. :P Nur Fathia Abdul Latiff empunya nama ni seorang pendatang baru yang agak menyinar bakatnya,kalau tengok lakonan fathia dalam Nur Kasih sebelum ni agak bagus jugak.Apsal la dia tak jadi pilihan abang si Adam masa tu eh?Elooo cikmin,wake up wake up! Nur Kasih over dah ok. :P

pic sumber hmetro.com.my Dalam cerita ni watak laila ni bertudung jugak ke,manis ayu.

pic sumber hmetro.com.my
Tak bertudung ni nampak macam sama je la dengan artis-artis yang lain.

Tak silap cikmin,couple si Laila dalam cerita ni pun si hensem tu,kawan baik laki maya,alaaa adam tu,ishhh adam lagi,orang nama adam ni asyik buat cikmin teringat-ingat la wei, :P Pasangan yang sama padan la camtu.Sinopsis Laila Asyikin ni cikmin tak jumpa lagi,nanti kalau ada di update kemudian la ye.Jangan lupa tonton Laila Asyikin khamis malam jumaat ni tau. :P

p/s buat teman-teman tersayang,thanks ye singgah dan tinggal jejak kat sini,insya’ALLAH cikmin akan jejak korang kembali,Sayang korang semua.

UPDATED:

“Cerita ini agak lain sikit kerana Fathia (Laila) bermula dengan watak remaja, kemudian berkahwin dan seterusnya jadi seorang wanita matang. Memang susah nak bentuk tiga mood karakter berbeza pada dia. Satu hari kami kena siapkan lapan adegan dan kalau tak sabar memanglah teruk. Malah pernah kami siapkan 12 hingga 13 adegan sehari,” katanya.Tambah Heykal, skrip Laila Asyikin menghimpunkan banyak pelakon dalam satu adegan dan dia turut mengolah skrip supaya jalan ceritanya lebih mantap untuk ditonton.
Katanya, masalah buat drama untuk Samarinda ialah skripnya mesti berpaksikan dunia korporat dan bimbang penonton bosan asyik disogokkan dengan cerita begini.
“Saya cuba ubah dengan masukkan elemen cinta dan kasih sayang. Ini juga cabaran saya untuk tarik penonton supaya meminati drama ini. Cerita korporat boleh dimasukkan tapi cukuplah dalam 10 peratus saja. Saya pilih pendekatan yang mudah arahkan drama ini supaya dekat di hati penonton kerana berasakan jalan ceritanya dari mula hingga akhir sudah cukup kuat.

“Cabaran yang dihadapi awalnya ialah susah nak bentuk Fathia, tapi lama kelamaan nampak dia boleh buat asalkan kita sabar dan terus gali bakatnya. Setelah empat, lima hari di lokasi, dia mula tunjukkan kemampuannya. Dia ada pakej untuk buatkan orang jatuh cinta. Saya yakin orang akan perasan dia selepas ini. Tambah lagi dia juga bekerja keras jayakan wataknya.
Secara ringkas, Laila Asyikin yang bermaksud ‘malam mengasyikkan’ adalah wanita muslimah yang berkahwin dengan Adam. Keasyikan itu memukau sehingga empunya diri lupa dia sedang dikhianati suami tercinta. Dia menyangka dia satu-satunya wanita yang wujud dalam hidup Adam, tetapi rupa-rupanya cinta suami terbahagi dua.
Dia menyangka orang yang diberi ‘kehidupan’ setia dengannya tetapi rupa-rupanya mereka sedang merancang untuk meruntuhkan hidupnya dan mengambil alih syarikat warisan keluarganya. Apabila semua terbongkar, dia perlu bangun dan keluar daripada lena bagi mempertahankan haknya. Drama menarik ini disiarkan di TV3, jam 10.30 malam ini.Sumber.

OST Laila Asyikin Sampai Syurga Faizal Tahir

Jom convert youtube ni ke MP3 link youtube http://www.youtube.com/watch?v=hMr7-tU5CVw ke http://www.video2mp3.net/

Number of View :1050

Incoming Search Terms:

  • nur Fathia Abd Latiff (159)
  • fathia latiff (56)
  • drama noktah erna (48)
  • bertudung mantap (41)
  • nur fathia (36)
  • Nur Fathia Bertudung (33)
  • Nur Fathia Abdul Latiff (14)
  • awek bertudung (9)
  • watch noktah erna online (8)
  • sinopsis noktah erna (7)
You can leave a response, or trackback from your own site.

11 Responses to “Noktah Erna ke Laila Asyikin”

  1. Salmia says:

    demam nurkasih blum abeh lg ke? hehehe..

    [Reply]

  2. kakchik says:

    salam cikmin.
    nampaknya drama2 kat tv sekarang berlumba2 mengadakan watak2 bertudung. produser drama-filem memang pandai sungguh cari market. diorang tahu sekarang dah ramai orang bertudung dan suka tengok drama2 islami macam yg dari indon tu. moga2 pelakon2 tu akan terbuka hati untuk betul2 menutup aurat satu hari nanti. diorang cantik lagilah cantik.

    p/s: komen lari dari tajuk :)

    [Reply]

  3. malarang says:

    Nantikan link download percuma drama ini di blog saya

    FREE DOWNLOAD DRAMA BARU TV3 2010 – NOKTAH ERNA

    rujuk link dibawah
    http://malarang-kak.blogspot.com/2010/05/free-download-drama-baru-tv3-2010.html

    [Reply]

  4. alin says:

    bukan Nabila ke watak die dlm “Nur Kasih”?

    [Reply]

  5. [...] This post was mentioned on Twitter by cikmin, cikmin. cikmin said: Noktah Erna ke Laila Asyikin – http://clicky.me/oTk [...]

  6. jaz says:

    Fatia ni mmg cantik tp sayang perangai hancusss…berbeza dgn perangai die dlm drama.kwn2 saye ader yg kenal die ni mase di kedah dulu.da byk sgt cerite saye dgr pasal die.kaki clubbing la,merokok la,selalu p hotel dgn bf la.hmm hope die berubah la satu hari nnti.

    [Reply]

  7. rizal says:

    ye ke..aku tgk die okey je kat uitm shah alam..aku knal gak la kwn2 die..semua kate die okey tak clubbing..jgn la tuduh dah la aku minat die gile babeng nih

    [Reply]

  8. mama says:

    salam….kalu lagu dia best cita dia pun mesti best,,,

    [Reply]

  9. kakngah says:

    noktah erna tk layan… lalai asyikin pn sama..

    apa kene aku ni?? hbs sume drama xtgk kekekeke..
    nk buat camne nok… tv ankaku konker. tgk kartun jek manjang….

    [Reply]

  10. kakngah says:

    posing dada terjojol tu tak blh tahan… hahhhahha!!!! tau la ada aset di situ.

    [Reply]

  11. artis says:

    artis…

    [...]OST Laila Asyikin Sampai Syurga Faizal Tahir | cikmin.com[...]…

Leave a Reply