Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz

Tertarik dengan berita hangat ini,cikmin entri kan disini,cikmin minat dengan bekas pengacara TV3 ni suatu ketika dulu,Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim ,cantikkan dia,glowing betul muka dia ni masa belum kahwin dan selepas kahwin.Tapi tu la,cantik ni tak menjanjikan kebahagian yang berpanjangan jugak,masa mula-mula dengar berita dia berkahwin dengan Sultan Brunei,tumpang gembira sangat-sangat.Bila dengar dia dah diceraikan dengan talak 1,cikmin turut bersimpati.Semua kuasa tuhan kan,kita hanya mampu merancang.Dah lama tak dengar khabar Mazuin..


gambar sumber dari google

PETALING JAYA: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah hari ini menceraikan isteri baginda, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.

Pengumuman khas mengenai perceraian itu diumumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Abu Bakar melalui web tv Radio Televisyen Brunei (RTB) di Brunei malam ini.

Pengiran Alaudin turut mengumumkan kesemua pingat dan darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada bekas wartawan penyiaran TV3 itu ditarik balik serta-merta.

Pengumuman khas itu boleh diikuti di http://www.rtbnews.rtb.gov.bn/?c=newsDetail&news_id=10094.

Sultan Brunei menikahi Azrinaz pada 20 Ogos 2005 pada satu majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Beliau ketika itu berusia 26 tahun sementara baginda berusia 58 tahun.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan diraja itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel pada 1 Jun 2006 dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah pada 28 Januari 2008.SUMBER


comel anak-anak dia :) sumber dari google

nota cikmin: Ya’ALLAH ,kau panjangkan la usia perkahwinan ku ini.

No related content found.

Number of View :6898

Incoming Search Terms:

  • mazuin hamzah (908)
  • azrinaz mazhar hakim mencuri (261)
  • perkahwinan mazuin hamzah (206)
  • azrinaz mazhar hakim terkini (145)
  • azrinaz mazhar hakim (141)
  • mazuin hamzah terkini (131)
  • gambar terbaru mazuin hamzah (84)
  • pengiran bini mazuin hamzah (77)
  • gambar perkahwinan mazuin hamzah (76)
  • mazuin hamzah gambar terbaru (67)
You can leave a response, or trackback from your own site.

45 Responses to “Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz”

  1. bada says:

    salam…iye ke?? baru tahu cete kat blog cikmin ni…

    [Reply]

    cikmin Reply:

    salam bada..cikmin pun sesat-sesat je tahu…

    [Reply]

  2. JAI says:

    Mmmm..sian azrinaz dah jadi janda

    [Reply]

    cikmin Reply:

    jodoh dah setakat tu… :(

    [Reply]

  3. sue says:

    la..siannya..baru tau ni..Mudah2an perkahwinan kita diberkati hingga akhir hayat..aminnn

    [Reply]

  4. tehr says:

    kita hanya merancang…

    …moga2 Allah memperkenankan

    [Reply]

  5. monas says:

    saya banyak membaca blog-blog dari negara brunei. mereka bergembira ditambah dengan mencemuh azrinaz sebagai pencuri dan pelbagai tuduhan memalukan.. saya sangat sedih dengan cara orang brunei mengurus perkara ini.

    [Reply]

    peace Reply:

    sorry for that but cuba awak pkir kan ada kah azrinaz mengurus hal dia dan menjaga nama dia dgn baik?apa dia telah laku kan?bukan tuduhan memalukan tetapi kebenaran telah terbuka. rakyat brunei sentiasa mahu kan yg terbaik untuk beginda sultan. jangan rasa bersedih kerana apa yg telah d buat oleh azrinaz adalah tidak baik. So tidak salah bagi rakyat brunei merasa lega kerana hal sebebar telah tengbongkar. harap u phm. tq.

    [Reply]

    Irma Reply:

    Tak tahu menahu la kisah diorang ni. Azrinaz buat something ker? cuba story skit. or.. kat ner nak baca pasal ni?

    [Reply]

    jojo Reply:

    Askum. maaf kalo kata2 i buat u org, rakyat malaysia kecil hati. rakyat brunei seboleh2ny ingin menutup aib yg tlh terjd tpi apa nak buat.rakyat brunei tak mau rakyat malaysia malu,pasal tu lah d rahsiakan. tpi rakyat malaysia yg krj d brunei dah tau cerita sebenar. perkara yg memalukn memang benar tr jd. nak kata perempuan tu mangsa tpi yg jd mangsa siapa sebnrny. dah d beri kemewahan d istana. apa yg kurang? she wants something thats not belong to her.
    kita sebagai manusia tak blh menilai org lain. nobody is perfect. pasti ada kekurangan dan kelemahan ny. jgn kerana perkara begini kita rakyat brunei n malaysia saling tuduh menuduh, saling salah menyalahi sesama kita.

    [Reply]

    admizal Reply:

    walaikumsalam..itulah jodoh namanya..setiap permulaan ada pengakhirannya.ada kenangan manis ada juga yg pahit.setiap yg berlaku itu pasti ada sebabnya.semoga perceraian itu memberi mereka ketenangan dan juga kebahagiaan.insyaallah..

    [Reply]

  6. siti malaysia says:

    jgnlah tuduh org brunei macam tu. Tak baik. Kite yang berdose jika kita tuduh tanpa bukti

    [Reply]

  7. siti malaysia says:

    message saye tu sya tunjukkan kpd monas yee

    [Reply]

  8. uda says:

    baru tahu mengenai berita percerai ni… aduh sedih nya..

    [Reply]

  9. kaklong says:

    disangka panas hingga ke petang…

    [Reply]

  10. kakchik says:

    assalamualaikum cikmin.

    ajal maut, jodoh pertemuan adalah ketentuan Tuhan.
    dulu sedih kisah Mazuin Hamzah bercerai, kini Azrinaz pulak.
    semoga Allah tabahkan hati mereka berdua dan sesiapa saja yang terpaksa menempuh pengalaman perkahwinan yang pahit macam mereka.
    semoga ALLAH lindungi dan rahmati perkahwinan kita.

    p/s: dlm gambar dgn anak2 tu, dia nampak sedih je

    [Reply]

  11. Yanmie says:

    Owh baru tau sbb baca kat sini. Kesian jugak dgn azrinaz. Masa dia kawin dan cerai ni betul2 mengejutkan…huhu. Apa pun ajal, mau, jodoh semua tu d tgn Tuhan. Sesiapa pun x suka perceraian…
    Akak, yan komen dr hset je nie..usb xdetek lah..geram mcm2 hal pulak..huhuhu

    [Reply]

  12. Piston Pecah says:

    tiba-tiba je ek?apa kes?

    [Reply]

  13. ummi Hanie says:

    Salam cik min…

    haah sy pun pepagi tekojut dgr berita ni kat TV…
    tp kan..sebelum ni mcm dah dgr desas desus taww…cuma x sohih je lagik..
    kesian kann…
    psstt…sy pun dulu ada aunty tu nk jodohkan dgn anak dia…klako giler..pengiran gak la…tp i x rela u ! sah2 kena madu nanti..hahaksss…:p

    yup..ape kabo mazuin yer..?hmm to me,mazuin lg cantekk dr azrinaz ;)

    [Reply]

  14. dhi says:

    aslkum.. bgi pihak mereka yg mgate azrinaz aft the dvorced, sy mntk maaf.. sy bkn nk sokong, atau sblknya.. sy akui, lots of bruneian peoples are sad for wht had happened.. diorang x slh bila mrh, cuma diorang x gunakn akal rational mluahkn yg berbuku d hati.. but do pls believe, bkn nk burukkn sesape, tp, hakikat yg sbnr mmg pdih, rhsia sbnr mmg mnyakitkn n the bruneians knew the real story, the whole story.. it’s just akal pndek dn kmarahan mereka myebabkn kata2 kesat terlempar.. yg tu, sy x setuju.. tp, sy mntk, jgnlah lg kita perbahaskn yea.. jgn ikut mcm mereka yg lain, mereka yg pendek akal.. bruneian/malaysian, kita smua sma dpandangn tuhan.. f kita pcya, Allah lebih maha mengetahui knpa, mngpa smua tjdi, f kita pcya, Allah lh yg mengurus dan merencana sgla yg tsurat dan f kita pcya Allah lah yg Maha Penyayang… kita xkn mpertikaikn apa yg tjdi.. mkin pd kita ini satu trajedi yg myakitkn… tp hakikat sbnr, Allah mgkin nk uji kasih syg azrinaz kpdNya.. wallahu ‘alam..

    [Reply]

  15. kakngah says:

    takde angin takde ribut
    tetibe jek

    sesuatu!

    [Reply]

  16. cikmin says:

    Salam semua,komen sangat hangat di sini..pleaseeeeeeee..jangan berdebat di sini ye malaysian/bruneian :) tujuan cikmin kongsi berita tentang ini bukan untuk anda-anda semua bongkarkan siapa buruk siapa tak buruk.Komen-komen di blog cikmin memang tak unmoderate..tolong ok.Terima ketentuan dari-NYA.

    [Reply]

  17. [...] semua, pagi tadi baca kat blog CikMin terkejut jugak pasal berita perceraian Azrinaz Mazhar Hakim iaitu bekas wartawan penyiaran TV3. Tak [...]

  18. eiyda says:

    azrinaz mazhar hakim…dulu salu tgk die lam tv3..baca berita…pastu tetibe senyap..upenyer dah kawen nagn sultan Brunei…skang da bercerai??? huhu..knp la agak2 ek??…kesian la kt anak2 tu..

    [Reply]

  19. myra says:

    masa santap kat dewan UBD brunei.dia baik je layan kitaorang.tapi tak tahulah..apa2 pun jaga tepi kain sendiri saja lah ye..kita tak sokong sesiapa.cuba keadilan dan kebenaran akan ada di penghujung. masa hangat2 macam ni selalunya akan timbul cerita yang tutok tambah.lain sampai lain yang diceritakan…saya berbesar hati menjadi salah seorang warga brunei. ceh..giant kat brunei pulak promosi 70% dis count last night..(giant dia punya kat brunei)start pengumuman perceraian 2..

    [Reply]

  20. kak ina kl says:

    Min akak ambil cerita kamu..akak bagi link yer

    [Reply]

  21. x-po says:

    mengikut komen seorang rakyat brunei kat satu blog ni, dia ckp azrinaz ni jahat, suka mencuri brg2 istana, then bungkus dan pos ke malaysia. itulah yg org tu ckp, tak tahu la btl atau tak.

    [Reply]

  22. Blabberina says:

    dah lama desas desus ni. esp plak depa kahwin senyap, azrinaz pulak payah tul nak senyum etc etc..

    [Reply]

  23. Ema brunei says:

    Sbgai rakyat brunei im very happy wit da news. Sepatutnya ia bsyukur sudah dbagi kemewahan bukan dbalas dgn bersubahat dgn abg sendiri mencuri mahkota,mnyeludup duit,meniru sign. Sory 2 say..Tak perlu dsebut bekas permaisuri jutawan. Bukan utk dbanggakan. Org brunei panggil ‘ketulahan’ *tak tau bhasa standardnya* Akhirnya tuhan tnjukkan kebenaran..ALHAMDULILLAH

    [Reply]

    latenqx Reply:

    Assalamu’alaikum
    Okay, first of all, kepada yang mengutuk orang brunei or HRH tu, better stop it la okay. Kalau tak tahu cerita sebenar, diam-diam sudah la. And kepada orang brunei tu, aku tau kamu hot, na payah ta cakap keburukan sii azrinaz tu. Ia pun dah dapat apa sepatutnya ya dapat *kana caraikan and kana tarik balik gelarannya* for kesalahannya. So, settle la.. Yang na tau real story, diam je *to malaysian* and yang tau cerita banar tu pun diam jua *to bruneian* kita sama-sama ja doakan kebaikan durang masing2 oryt?
    To malaysian, peace okay. No need to gaduh2.
    salam sayang dari brunei ;DD
    Peace no war!

    [Reply]

    admizal Reply:

    Ema brunei: ketulahan?..mcm tau aje bahasa tu..hehe

    [Reply]

  24. mrs jamal says:

    hye..senang2 jer dia kawin cerai..banyak duit..banyak la pilihannyer yer..tak mau jadi camtu..minta dijauhkan

    [Reply]

  25. Ayash says:

    Saya dari Indonesia,

    Saya sungguh tak faham dengan kelakuan sultan ini, dengan gaya hidup mewah, emas, mobil dll yang sungguh jauh dari perilaku hidup yang diajarkan Islam.
    Apakah dia peduli dengan saudaranya yang di palestina?
    kenapa rakyat diam saja?

    tak pernah terdengar…..

    [Reply]

    imanaisy Reply:

    @Ayash, betul2! hee..

    [Reply]

    kokcik Reply:

    @Ayash,
    Ayash, apa yang awak cakapkan tu tak betul. Tapi di sudut yang lain, awak berhak memberi pendapat. Tapi bagi saye, sultan brunei baik dan dermawan.
    ”….sedekah itu lebih elok jika dirahsiakan…”
    Awak tak tau, baginda sultan banyak dan suka menderma. Bukan sahaja pada rakyat baginda malah seluruh umat islam di pelusuk dunia,apatah lagi negara palestin. Cuma baginda tidaklah menghebah-hebahkannya.
    Mengenai emas, dan harta baginda yang lain, itu adalah hak baginda sendiri. Yang perlu awak tahu, baginda memang seorang yang dermawan dan berhati mulia. :)

    [Reply]

    kokcik Reply:

    @Ayash, dan selaku rakyat baginda, saya membela baginda. Bukan bertujuan untuk ‘mengampu’ tapi itu adalah hakikat.
    Sebagai contoh, baginda pernah menderma sejumlah yang besar (which is, seumur hidup bekerja pun gaji saya tidak dapat menandingi jumlah derma baginda) kepada salah satu wilayah di negara kamu,Indonesia. Tapi hanya segelintir saja rakyat Brunei yang mengetahui hal tersebut. Mengapa? Kerana baginda tidak suka menghebohkan perkara kebajikan seperti itu. Contoh yang lain, baginda juga pernah mendermakan makanan dan minuman kepada saudara-saudara islam di Palestin. Mengapa tidak wang? Kerana bantuan sedemikian tidak sesuai diberikan (mungkin wang akan disekat disana) lalu baginda memberikan apa yang patut diberikan seperti makan dan pakai mereka disana. Sekali lagi,hanya segelintir saja rakyat brunei yang mengetahui. Mengapa? Kerana baginda tidak suka menghebohkan perkara kebajikan. :)

    [Reply]

    kokcik Reply:

    @Ayash, baginda boleh saja menggunakan wangnya untuk membeli emas dan intan berlian sekalipun kerana wang itu haknya. Bagindalah yang bertungkus lumus untuk membangun negara brunei. Dan dengan hasil titik peluh baginda juga, dia berhak membeli dan memiliki apa saja yang baginda inginkan. Kerana itu adalah hak baginda.
    Apa yang kami tahu, baginda memiliki harta tersebut dengan jalan yang sah disisi undang2 dunia dan juga sah disisi undang2 syarak. Baginda tidak mencuri untuk memiliki sesuatu benda, malah baginda bekerja keras untuk membela nasib rakyatnya dan keluarganya. =)
    Harap2 awak faham mengenai apa yang saya cuba sampaikan.
    Terima Kasih,

    Yang Benar,
    Wakil Rakyat Brunei Darussalam.

    Assalamu’alaikum.

    [Reply]

  26. kakngah says:

    apa cerita dia skrg yer..
    terus senyap jek.. blk ke tv3 kah??

    [Reply]

  27. Fikir2 says:

    azrinaz diceraikan sultan brunei? sebelum ni pon sultan brunei ceraikan isteri kedua dia sebelum azrinaz ni, nama dia mariam (bekas pramugari). yg kekal disisi sultan brunei adalah isteri pertama jugak. ini semua high level punya konsperasi utk pastikan sultan brunei kawin sapa pun bercerai except isteri pertama dia. siapa yg cemburu dan panas hati dalam diam sultan brunei kahwin lagik? jeng3….cuba teka?
    Isteri mana tak marah suami kahwin lagi…

    [Reply]

  28. mek dah says:

    a a kan diorang ni memang suka kawin cerai ke bukan nak kata tapi tak kan lah azrinaz nak mencuri silap silap harta yang sultan bagi kat die pun makan tak habis la…mesti kes kene naya ngan kak pah kan. yang sebelum pun kene cerai gak.

    [Reply]

  29. mam says:

    Saya juga heran..semua isteri Tuanku Sultan yang dikahwini salepas isteri pertama diceraikan.Pelik juga..

    [Reply]

    KakJah engko Reply:

    @mam, mungkin byk songeh kot isteri Tuanku Sultan yang slps isteri pertama tuh… Korrrrr..

    [Reply]

  30. mam says:

    Mungkin agaknya..tak sedar diri dek untung..

    [Reply]

  31. Berita Terbaru…

    [...]Sultan Brunei Ceraikan azrinaz | cikmin.com[...]…

  32. itudosa says:

    hanya jauhari mengenal manikam.

    [Reply]

Leave a Reply