Dengan RM2 buka puasa di Malaysia Negara Ku

rm21

Kagum betul dengan semangat murni Pengusaha Restoran Malaysia Negara Ku ni,artikel kat bawah ini adalah forward email yang masuk ke kotak email cikmin,kerana terlalu menarik cikmin dikongsikan disini.Jom kita serbu Shah Alam ramai-ramai.

SHAH ALAM, 13 Ogos – Ketika adanya aduan bahawa harga makanan dan juadah berbuka puasa mula naik di kebanyakan tempat sejak dua hari lalu, di Restoran Malaysia Negara Ku di Shah Alam, anda boleh makan sepuas-puasnya dengan hanya membayar RM2.

Syaratnya, pelanggan perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara Malaysia .

Dengan harga RM2 seorang, pelanggan boleh menikmati nasi putih dengan tiga atau empat jenis lauk dan segelas air.

Restoran Malaysia Negara Ku beroperasi di Seksyen 7 di sini, memulakan operasinya sejak hari pertama Ramadan kelmarin.

Pengurus restoran, Azahar Samat, konsep restoran Malaysia Negara Ku sebenarnya adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat tentang amalan kebersihan diamalkan serta semangat cintakan negara.

"Konsepnya macam orang dulu-dulu kerana apa yang uniknya restoran ini pelanggan yang datang perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara," katanya.

Restoran ini menggunakan konsep layan diri.

rm22

Antara mereka yang berbuka puasa dengan hanya RM2.
"Selepas selesai makan, pelanggan perlu membasuh pinggan yang mereka gunakan… ini sama seperti kita kecil dulu yang mana mak pasti akan suruh kita basuh pinggan selepas makan," kata beliau ketika ditemui The Malaysian Insider.

Beliau berkata konsep restoran Malaysia Negara Ku lebih kepada tempat makan, bukan restoran.

"Ini kerana semuanya dilayan sama sahaja tiada siapa yang istimewa.

"Lagipun kita membuka restoran ini adalah supaya semua orang tanpa kira latar belakang sama ada kaya atau miskin dapat sama-sama menikmati masakan di sini dengan hanya RM2.

"Kita juga sebenarnya bukan nak mencari keuntungan besar, tetapi lebih kepada untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan," katanya.

Restoran Malaysia Negara Ku dimiliki oleh Datuk Zainal Abidin Awang Kechik yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri makanan dan mempunyai lima restoran bertaraf tujuh bintang di luar negara.

Beliau dikatakan merancang untuk membuka 220 cawangan Malaysia Negara Ku di seluruh Malaysia .

"Semenjak harga barang naik banyak restoran yang menaikkan harga makanan mereka tapi kita tidak kerana kita mahu beri peluang kepada semua orang termasuk yang kurang berkemampuan.

"Ini yang kita mahu lakukan kerana kita tahu ramai rakyat negara ini tidak berkempunan untuk berbelanja besar tapi di sini dengan hanya RM2 mereka boleh makan sepuasnya," kata Azahar.

Tambahnya, pelanggan yang tidak membawa kad pengenalan dan bukan warganegara akan dikenakan bayaran RM6 seorang.

"Kalau nak makan RM2 mesti kena bawa kad pengenalan jika tidak kena bayar RM6.

"Melalui cara ini ia secara tidak langsung dapat menanam semangat cintakan negara dan juga patriotisme," katanya.

Azahar berkata semenjak dibuka pada hari pertama Ramadan sambutan yang diterima semakin menggalakkan.

"Pada hari pertama kita sediakan untuk 100 orang tapi hari ini (semalam) kita sediakan untuk 300 orang.

"Setiap hari kita akan masak lauk yang berbeza kerana kita mahu pelbagaikannya selain tidak mahu pelanggan muak dengan lauk yang sama," katanya.

rm23

Pelanggan dikehendaki membasuh pinggan yang digunakan selepas makan.

Restoran Malaysia Negara Ku boleh menampung kira-kira 150 orang pada satu-satu masa.

"Saya rasa ini restoran yang pertama di Malaysia yang mengamalkan konsep seperti itu.

"Selain itu, kita juga bercadang untuk membuka restoran ini sehingga sahur, mungkin pada minggu hadapan," Azahar lagi.

Ia juga menggunakan sukarelawan untuk melakukan kerja-kerja memasak.

Aspek-aspek ini dilihat dapat mengurangkan kos operasi, dan menyediakan makanan dengan harga RM2 seorang.

Menurutnya, walaupun harga makanan murah, namun kualiti penyediaan makanan tidak diabaikan malah menggunakan bahan masakan berkualiti dan memberi kepuasan kepada orang ramai yang singgah.

"Kita amat menitikberatkan kebersihan di sini kerana ini adalah tempat makan, jadi semua aspek itu perlu dijaga.

"Selain itu, bahan masakan seperti beras, ayam, daging, sayur dan sebagainya semuanya bersih dan berkualiti," katanya.

 

Nota Jari:Biasa dengar kedai RM2 yang jual barang-barang rumah :P

Number of View :913

Incoming Search Terms:

  • kedai rm2 di shah alam (3)
  • kedai rm2 shah alam (3)
  • tempat makan best di kl (3)
  • tempat makan best di shah alam (3)
  • kedai makan murah (3)
  • kedai makan best di langkawi (2)
  • kedai makan satu malaysia di kl (2)
  • makan best di langkawi (1)
  • makanan best dan murah di kuala lumpur (1)
  • makanan best di langkawi (1)
You can leave a response, or trackback from your own site.

36 Responses to “Dengan RM2 buka puasa di Malaysia Negara Ku”

  1. Anip says:

    huh…rm2..ok la kan..boley bajet det ckit..hehe

    [Reply]

    cikmin Reply:

    ok la kan RM2 tu..mana ada tempat murah macam tu… :P

    [Reply]

    kakngah Reply:

    @cikmin,

    tu la.. skrg ni.. utk brekfas pun xcukup rm2 tu..

    [Reply]

  2. wazy says:

    Hmm berbaloi gak harga tu,dah siap makan basuh pinggan sendiri,best

    [Reply]

    cikmin Reply:

    tu la kan..belum pernah lagi tau dengar kedai makan macam ni..selalu dalam drama je tengok pelanggan basuh pinggan bila tak boleh bayar bil..hihihi..

    [Reply]

    Steward John Reply:

    Hahah.. yer la.. kena cuci pinggan sebab tak mampu bayar..

    [Reply]

    cikmin Reply:

    heheh..ye kan.. :P

    [Reply]

  3. ejum says:

    wah..idea sebgini memang berani..dan bagus…berbaloi lar..memang respoek kat tokey kedai

    [Reply]

    cikmin Reply:

    kalau cikmin pun belum tentu berani nak buat… :)

    [Reply]

  4. Steward John says:

    Kak min, wa… bagus macam ni.. sudah pun murah guna sistem layan diri lagi tu.

    [Reply]

    cikmin Reply:

    Memang bagus tapi kakmin tak pi la try kot..jauh jugak tu SA.. :)

    [Reply]

  5. Maliq says:

    Kalo satu Malaysia buat camni kan bagus.hehe

    [Reply]

    cikmin Reply:

    tu katanya 220 cawangan dia nak bukak..

    [Reply]

  6. touya says:

    Waaaaaaaaaa kan bagus kalau zaman aku study dulu ada benda alah nie

    [Reply]

    cikmin Reply:

    hehehe..masa dulu orang semua meniaga nak kejar untung..tu sebab bila sekarang dah banyak duit baru dia fikir nak buat macam ni.. :P

    [Reply]

  7. Hawa says:

    wah sesuai untuk yang diet duit…hehhe

    [Reply]

    cikmin Reply:

    hihihi..untung kan orang shah alam :)

    [Reply]

    Hawa Reply:

    bagus gak..sebab kat ada uitm sana..hehe..

    [Reply]

    cikmin Reply:

    ye la kan..boleh la student simpan duit sikit.. :P

    [Reply]

    Hawa Reply:

    tapi kan cikmin..awe kat kedah, makanan masih murah lagi kalu kat area selatan ni…adoyai mahai benar

    [Reply]

    cikmin Reply:

    oic awe kat kedah eh..kedah memang murah kan…cikmin kalau balik rumah family..wah..makan2 jek..sonok sangat.. :P

    [Reply]

    Hawa Reply:

    dulu je kak belajar 3 tahun kat sana..skunk dah balik melaka…kedah mmg kaya ngan makanan..hehe

    [Reply]

    cikmin Reply:

    owh…cikmin selalu ke bukit katil..pakteh cikmin duk sana.. :P dulu cikmin skool kat sekolah tinggi pompuan melaka..gelemer jap rasa..hehehe..

    [Reply]

    Hawa Reply:

    adik awe sek sana gak…heheh…selamat bersahur cikmin..menu apa lah ye

    [Reply]

    cikmin Reply:

    owh ye ke.. :P cikmin skool awe pun kecik berhingus lagi masa tu..ntah2 belum ada lagi..sahur nanti lauk lebih berbuka..cikmin masak tadi pukul 7 malam..cikmin berdua dgn hubby je..anak2 yg lain tu..sume lepak rumah tok diorang.. :P selamat untuk awe jugak..

    [Reply]

  8. kulanz says:

    murah tu RM2.. tapi kita tu sedekah dari tuan punya restoran lah kan.. harap-harap rezeki diorang bertambah

    [Reply]

    cikmin Reply:

    ye la tu..owner nya sape tu..dato kan..bukan calang2 boleh buka kedai makan jual harga murah macam tu la..macam mummy cikmin di tawau..warung jawa taman semarak..harga makanan murah2..sedap lagi..mummy kata..takpe..sambil jual sambil bersedekah..dah 2x naik haji umrah dah 2x..alhamdulillah.. :)

    [Reply]

  9. che armster says:

    bagus gila konsep kedai ni.. sayang kat Shah Alam.. kalo dia bukak kat Bangi memang tiap-tiap hari muka aku kat situ haha

    [Reply]

    cikmin Reply:

    hihih…nanti ada kot cawangannya.. :P

    [Reply]

  10. tehr says:

    amal kebajikan tu
    …boleh juga belajar2 cuci pinggan, maklum kalau kat rumah, mak je yang cuci

    [Reply]

    cikmin Reply:

    ye..tehr ada plan tak nak buat macam tu?

    [Reply]

  11. [...] This post was mentioned on Twitter by Cairell Marwan, cikmin. cikmin said: Dengan RM2 buka puasa di Malaysia Negara Ku – http://clicky.me/15bC [...]

  12. ciki says:

    kat mana ek tmpt ni? dkt tak ngan uitm shah alam….ada sapa2 boleh bg direction?

    [Reply]

  13. ishak says:

    bila tgk post ni teringat ada 1 kedai kat shah alam bagi makan percuma. cuma pinggan dan cawan kena basuh sendiri :)

    [Reply]

  14. kakngah says:

    kalau kt lembah ada kedai ni, blh jadi aku tak msk hari2
    hahahaha!!!

    [Reply]

  15. kakngah says:

    agak2 bulan pose tahun depan ada lg tak???

    [Reply]

Leave a Reply