Keluar Air Mani Bulan Puasa

tak senonoh punya orang

 

Salam,

Hangat je hati bila tengok keyword macam ni masuk ke blog ni.Memang la cikmin pernah buat entri berkaitan ROGOL ni,tapi takde la pulak kaitan dengan merogol di bulan puasa.Tak senonoh betul la manusia yang cari ni.Kalau cari batal ke puasa kita kalau keluar air mani di bulan puasa bagus la jugak,boleh cikmin share info kat sini.Ini tidak,cari perkara dah tentu boleh dapat dosa free je.!

Dah terlanjur buat entri,cikmin ingin berkongsi info hasil dari carian di google…

Keluar air mani di bulan puasa

Adakah terbatal puasa setelah bangun dari tidur dan didapati telah keluar air mani akibat bermimpi?

Jawapan

Tidak batal puasa tersebut. Apabila keluar air mani kerana bermimpi adalah bukan perkara yang disengajakan.

 

Bersetubuh waktu siang Ramadhan

Pada 1984, saya dan suami pernah bersama pada waktu siang bulan Ramadan. Adakah kami dikenakan kafarah kerana ketika itu kami jahil mengenai agama. Bagaimanakah kiraan dan kepada siapakah perlu kafarah itu diberikan kerana tempat kami tiada fakir miskin?

Sekian Terima Kasih.

Jawapan.

Bersama atau bersetubuh ketika siang hari bulan Ramadan adalah dilarang. Suami isteri hanya boleh bersama setelah berbuka puasa. Walau jahil mengenai agama, kafarah tetap dikenakan setelah diketahui perkara ini berdosa. Kafarah bagi mereka yang melakukan persetubuhan ialah sama ada memerdekakan seorang hamba atau puasa dua bulan berturut-turut tanpa ada selang seli atau memberi makan kepada 60 fakir miskin. Walaupun sudah berlalu puluhan tahun, kafarah ini tidak berganda dan masih sama. Pasangan perlu mencari fakir miskin di daerah lain jika di tempatnya tiada fakir miskin. Sekarang ramai lagi fakir miskin yang boleh dibantu.

 

Bersetubuh/berjimak di bulan puasa

Pada bulan puasa yang lalu, saya dan isteri melakukan persetubuhan melepasi imsak.

  1. Apakah hukumnya?
  2. Bagaimana cara bagi saya untuk menggantikan puasa tersebut?

Jawapan

  1. Hukum bersetubuh di dalam bulan puasa haram hukumnya dan di kenakan kaffarah (Kaffarah hanya dikenakan kepada lelaki sahaja) seperti berikut:-
    1. Memerdeka seorang hamba(sudah tiada)
    2. Berpuasa 2 bulan berturut-turut jika sudah dicuba beberapa kali namun tidak mampu disegi syarak hendaklah,
    3. Menberi 60 orang miskin makan setiap seorang satu cupak makan asasi.
  2. Wajib qadha puasa yang terbatal kerana bersetubuh tersebut.

 

Hukuman/denda dikenakan kepada yang melakukan persetubuhan (sah) di bulan Ramadhan

Berhubung dengan persoalan yang telah saya kemukakan sebelum ini, saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hukuman atau denda yang dikenakan oleh Islam kepada orang yang melakukan hubungan intim (yang sah) semasa dalam puasa di bulan Ramadhan.

1) Apakah hukuman yang dikenakan kepada lelaki dan juga perempuan yang melakukan hubungan tersebut?

2) Macam mana hendak melakukan hukuman tersebut, contohnya yang melibatkan puasa 2 bulan.. macam mana niat untuk puasa tersebut?

3) Bolehkan wang digunakan sebagai ganti untuk secupak makanan asasi dan wang tersebut diberikan kepada pihak tertentu contohnya pihak masjid, majlis-majlis agama untuk mereka serahkan kepada fakir miskin atau senasib?

4) Adakah ada hukuman tambahan andai tidak sempat ‘membayar’ hukuman tersebut dalam tahun pertama membuat kesalahan, maksudnya telah sampai ramadhan yang kedua dan seterusnya (puasa yang ditinggalkan telah diganti cuma denda sahaja yang belum dilaksanakan)?

Jawapan :

Persetubuhan yang dilakukan dengan sengaja dalam keadaan berpuasa adalah dikenakan kaffarah iaitu :

- Memerdekakan seorang hamba jika mampu dan ada.

- Berpuasa 2 bulan berturut-turut

- Mengeluarkan 60 cupak beras jika tidak mampu berpuasa.

2. Niat puasa kaffarah hendaklah dilakukan pada malam hari kerana ia termasuk dalam puasa yang wajib.

Niatnya ialah :

" Sahaja aku puasa kaffarah esok hari kerana Allah".

3. Boleh diberikan kepada pihak masjid atau umpamanya jika saudara yakin kaffarah tersebut boleh disampaikan ke dada fakir miskin. Untuk lebih mudah bayar kepada Lembaga Zakat.

4. Seelok-eloknya hendak bayar kaffarah tersebut dengan segera dan diqada’ sehari puasanya secepat mungkin seelum sampai tahun yang berikutnya. Jika melangkau ke tahun yang berikutnya maka dia wajib mengqada’ sehari puasanya dan membayar secupak beras fidyah dan 60 cupak beras kaffarah. 

 

Makruh lambatkan mandi wajib

Bilakah waktu yang sesuai untuk mandi wajib selepas bersama dengan suami pada malam hari pada bulan Ramadan?

Jawapan.

Waktu yang paling sesuai untuk mandi wajib ialah sebelum terbit fajar, iaitu sebelum masuk waktu subuh. Waktu subuh tempohnya pendek dan solat yang afdal ialah solat yang dilakukan pada awal waktu. Melambat-lambatkan mandi wajib adalah makruh. Ini kerana apabila seseorang itu berada dalam hadas besar maka banyak perkara yang tidak boleh dilakukannya seperti membaca Al-Quran, solat dan sebagainya.
Justeru, adalah dituntut seseorang yang berhadas besar agar segera menyucikan dirinya dengan mandi wajib. Secara fitrah, naluri insan seseorang itu tidak suka dirinya berada dalam kekotoran. Orang berhadas besar tidak berapa selesa berbanding dengan waktu dia bersih daripada hadas besar.
Sekiranya seseorang lelaki atau perempuan berjunub pada malam hari dalam bulan Ramadan dan tidak sempat mengangkat hadas besar sehingga terbit fajar (masuk waktu subuh), maka puasa kedua-dua mereka sah dengan syarat mereka berniat pada malam hari. Sama juga keadaan ini bagi mereka yang bermimpi pada malam hari sehingga keluar air mani.
Pandangan ini dapat diperkukuhkan lagi dengan melihat kepada apa yang diberitakan oleh isteri-isteri Rasulullah s.a.w. iaitu Aisyah dan Ummu Salamah yang bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah dalam keadaan junub ketika masuk waktu fajar kemudian baginda mandi (mandi selepas masuk waktu solat subuh). (al-Lu’lu’ wa al-Marjan, jld, 2, hlm, 11, al-Bukhari dan Muslim) .

Sumber

 

Nota Jari : Sedang layan Cinta Kirana secara marathon. :P

Number of View :1513

Incoming Search Terms:

  • bersetubuh di bulan puasa (64)
  • novel lucah (21)
  • keluar air mani batal puasa (14)
  • keluar air mani ketika puasa (13)
  • macam mana nak keluar air mani (6)
  • macam mana nak bersetubuh (5)
  • bersetubuh ketika puasa (4)
  • air mani keluar selepas bersama (4)
  • soal jawab agama puasa (3)
  • air mani keluar ketika tidur (3)
You can leave a response, or trackback from your own site.

53 Responses to “Keluar Air Mani Bulan Puasa”

  1. Ellis Suriyani says:

    ekeke..same la..kat blog ellis pon kuar keyword bebukan je…siap ade yg search cari bontot org la..video rogol la..yg seks je banyak

    [Reply]

    cikmin Reply:

    wooo dasatnyer blog ellis… :P

    [Reply]

    rashid Reply:

    dasyat tu…hehe

    [Reply]

    suffer8zine Reply:

    uikkk, ganas ni, bontot pon mau search ke? haiyaaaa

    [Reply]

    kakngah Reply:

    @Ellis Suriyani,

    haih.. tah apa2 la yg diorg cari tu kan..

    [Reply]

  2. sue says:

    Ekekekke..ada2 ja la diorg ni..silap masuk rumah la..ini rumah mau carik makanan boleh la…heee

    [Reply]

    cikmin Reply:

    hahaha..tu la pasal..nasib baik tak sampai seminit dia singgah…hampehh.. :P

    [Reply]

    rashid Reply:

    skill search pun tak hebat…sebelum masuk blog tu bace la skit kat google tu, ayat penuh ke atau ayat asing…haha…main masuk jek..

    [Reply]

    cikmin Reply:

    itu la pasal..macam cikmin baca jugak sebelum klik.. :P

    [Reply]

    kakngah Reply:

    @sue,

    hahahaha!!!
    btl.. btl.. btl..

    [Reply]

  3. kakngah says:

    aku suke dgn persoalan keluar air mani ni..
    anak2 aku kn sume boboy.. sok2 depa tny, xder la aku ternganga2.
    kdg2 bende kecik camni kita blh terlepas pandang sbb utamakan perkara yang lebih wajip.

    bab lambat mandi wajip lak..
    pernah berdiskusi 1 ofs. hahaha!! gara2 sorang pengantin baru duk tanya..

    [Reply]

    cikmin Reply:

    hehehe..betul tu ngah…anak lelaki aku yang 12 tahun tu..steady je lagi..belum mimpi2 kot dia… :P beselah pengantin baru kan…

    [Reply]

    kakngah Reply:

    @cikmin,

    ank aku pn sama.. lom mimpi gak kot. tp, jerawat ada dah sebijik2.. haritu siap suh aku beli ubat jerawat lg..

    [Reply]

    nora Reply:

    @kakngah,
    ku

    [Reply]

  4. ProfHariz says:

    Thanks For Sharing…
    Cepat2 Mandi Hadas Besar Bila Kuar Air Mani Kan :)

    [Reply]

    cikmin Reply:

    welcome… :)

    [Reply]

    kakngah Reply:

    @ProfHariz,

    yer.. tak elok lengah2kan..

    [Reply]

  5. yanmie says:

    salam kak, sila percaya keluar mani di bulan puasa antara top keyowrds di blog yan..hahaa kelakar betul :P

    [Reply]

    cikmin Reply:

    wasalam yan…akak ada la tempias sikit2.. :P

    [Reply]

  6. ashraf says:

    haha, lain mcm je rasa bila org pompuan berbicara sal ni… thanks for info..

    [Reply]

    suffer8zine Reply:

    wahhhh, adakah manusia yg search keyword tu org yg same? :P

    [Reply]

    cikmin Reply:

    lain macam apanya BB..im not single kan? welcome..

    [Reply]

    Hawa Reply:

    betol..betol…tu yang sepatutnye :)

    [Reply]

    kakngah Reply:

    @ashraf,

    hhmm.. ada perkara kita perlu berfikiran terbuka dgn org yg btl. kalau dgn org yg salah.. tu yg menyimpang dah..

    [Reply]

  7. Hawa says:

    salam cikmin..yang pasal mandi wajib selepas fajar tu..awe ada bace gak..sebab kawan awe tanya..jadi awe nak kukuhkan awe bagi dia peristiwa yang saidatina Aisyah ceritakan tu….

    [Reply]

    cikmin Reply:

    wasalam awe..bagus kongsi apa yang kita tahu kan awe..

    [Reply]

    kakngah Reply:

    @cikmin,

    sharing is caring maaa….

    [Reply]

  8. kulanz says:

    terbaiklah keyword tu, nak merogol pula time puasa..
    macam-macam

    [Reply]

    cikmin Reply:

    entah la..mudahan dia tak teruskan niatnya.. :)

    [Reply]

    kakngah Reply:

    @cikmin,

    yer la..
    dah terang2 niat terlarang.

    [Reply]

  9. sunglasses says:

    terbaik keyword tu sbb bulan puasa ramai la yang mecarinya

    [Reply]

    cikmin Reply:

    hehehe..betul.. :P

    [Reply]

    kakngah Reply:

    @sunglasses,

    puasa mkn & mnm jek..
    minda tak puasa..
    baik xyah puasa langsung

    [Reply]

  10. tehr says:

    adalah diingatkan kepada ibu bapa yang mahu mengahwinkan anak2
    buat le majlis selepas raya BUKAN sebelum raya

    …budak2 ni darah panas
    hehehe

    [Reply]

    cikmin Reply:

    hahahahah…

    p/s orang muda je ke darah panas tehr? kalau yang dah tua2 ni..darah dah sejuk eh…tak mantap lah tu.. :P

    [Reply]

    kakngah Reply:

    @tehr,

    skrg ni.. org buat kenduri kawen time cuti sklh.. itu yg penting hihihihi!!

    [Reply]

  11. Mus says:

    info yang amat baik untuk pasangan suami isteri..

    [Reply]

    cikmin Reply:

    betul tu mus.. :)

    [Reply]

    kakngah Reply:

    @Mus,

    begitu juga utk BAKAL pasangan suami isteri :P

    [Reply]

  12. Ayu Safieza says:

    Thank u CM for the info….bila nak mengkukis cik min? Tak sabar nak nengok recipe biskut ni….

    [Reply]

    cikmin Reply:

    welcome ayu…maybe next week dear.. :)

    [Reply]

  13. apiih says:

    best jgk bace nih…wakakakakaka

    [Reply]

    cikmin Reply:

    kenapa ketawa?

    [Reply]

    kakngah Reply:

    @apiih,

    jgn baca jek.. amik jd teladan
    berguna tu..
    mana tau.. terlajak pulak 1 hari nanti.. :P

    [Reply]

  14. suffer8zine says:

    eh eh nape mcm same je keyword tu mcm den punye?

    [Reply]

    cikmin Reply:

    hahahah..ko ke cari bro? :P

    [Reply]

    suffer8zine Reply:

    hahah, x de pasal lelaki nk cari pasal lelaki, mesti pempuan yg search la, kompem punya la

    [Reply]

    cikmin Reply:

    hehehe..ye la tu kan…

    [Reply]

  15. Zida says:

    woohohoh tak menahan zida punya blog kuar keyword cerita lucah. haishhh dorang ni tak puasa ke hapekk. cehss

    [Reply]

    cikmin Reply:

    ishhh..lucah2 lagi tak beskan bulan2 posa ni.. :P

    [Reply]

  16. el says:

    hehehehehe
    bulan puasa ni kenalah menghormati bukan takat berpuasa aje..segala macam kena berpuasa :)

    [Reply]

    cikmin Reply:

    ye betul tu el..nampaknya makin ramai yang hormat kan..dalam berita tv macam2 cerita ada…

    [Reply]

  17. sunt says:

    masa nilah tahap kefahaman org pompuan terhadap lelaki diuji.

    memang pelik tapi benar… memang kes air mani senentiasa wujud dlam bulan ramadhan hingga aidil fitri.

    ini fitrah yg Allah kurnia pada org lelaki jadi org pompuan jangan pandang remeh atau kelakar. malah org pompuan kena hati-hati kalau bersama ngan org lelaki yg bukan muhrim dlm bulan ramadhan.

    org lelaki pun tak leh jawab kenapa bulan posa ada kes air mani…apa apa pun kes ni memang akan berlaku dan bukan kisah lucah.. cubalah buat kajian

    [Reply]

Leave a Reply