JUADAH BERBUKA CAMPUR WAIN

wain

BUKTI…antara produk mengandungi alkohol yang ditemui di dapur restoran terbabit.

 

SUBANG JAYA: Entah berapa ramai pelanggan yang sudah ‘terkena’ apabila sebuah restoran makanan Barat yang menganjurkan bufet Ramadan mengaku dengan sengaja mencampurkan arak masakan di dalam hidangan yang disajikan kepada orang ramai.

wain

TIPU…logo halal Jakim palsu pada menu restoran terbabit.

 

Lebih mengejutkan apabila pemilik restoran turut sewenang-wenang memalsukan logo halal Jakim yang dicetak pada katalog menu bagi meyakinkan pelanggan yang menyangka restoran itu mendapat pentauliahan sijil halal Jakim.

Perbuatan itu dibongkar selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya melakukan pemeriksaan mengejut di sebuah restoran makanan Barat di Subang Jaya, di sini.

Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah hari itu, pegawai Jakim diketuai Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah memeriksa restoran terbabit yang menganjurkan bufet Ramadan.

Sumber Jakim berkata, restoran terbabit sebelum ini mengundang tanda tanya pegawai Jakim dan KPDNKK berikutan didapati sengaja menjual minuman keras dan wain kepada pelanggan walaupun pada masa sama menganjurkan bufet Ramadan.

“Pemeriksaan lanjut di dapur restoran terbabit menemui beberapa botol wain masakan yang digunakan chef sebagai bahan dalam masakan.

“Ketika disoal siasat, chef bukan beragama Islam terbabit mengaku mencampurkan wain itu ketika memasak juadah yang disajikan di dalam hidangan bufet Ramadan,” katanya.

Menurutnya, chef terbabit turut mengaku memasukkan kicap mengandungi alkohol di dalam kebanyakan masakannya yang dianggap sebagai perisa tambahan bagi menyedapkan masakan.

“Pemilik restoran terbabit tidak pernah memohon sijil halal dan pihak Jakim tidak akan membenarkan logo itu diguna pakai berikutan restoran terbabit turut menawarkan arak kepada pelanggan.

“Pihak pengurusan restoran terbabit diberikan notis. Berdasarkan kesalahan dilakukan kerana memalsukan logo halal jakim, pengusaha restoran terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(1) Akta Perihal Dagangan 1972 yang membawa hukuman denda RM250,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Difahamkan, operasi terbabit antara puluhan pemeriksaan dan operasi berterusan dilakukan pihak Jakim terhadap hotel dan restoran sekitar ibu negara yang menawarkan bufet Ramadan sejak hari pertama puasa lalu.- Sumber

 

Nota Jari : Macam-macam cara penguasaha restoran ni nak kaut untung,bila dah palsukan LOGO HALAL tu mesti kita yang Islam ni yakin nak makan dan minum di Restoran tersebut.

Number of View :958

Incoming Search Terms:

  • tako tao halal (30)
  • shogun halal (10)
  • restoran jepun halal (7)
  • kedai makanan jepun (4)
  • shogun halal or not (3)
  • kedai makanan jepun di malaysia (2)
  • restoran jepun halal di malaysia (2)
  • restoran jepun halal malaysia (2)
  • shogun halal jakim (2)
  • dapur kedai makan (2)
You can leave a response, or trackback from your own site.

37 Responses to “JUADAH BERBUKA CAMPUR WAIN”

  1. kak ina kl says:

    bahan takoyaki cuma ada kat mid valley.kalau gi sana baru akak boleh belikan..

    [Reply]

    cikmin Reply:

    okey kak ina..nanti roger2 ye… :)

    [Reply]

    kakngah Reply:

    @cikmin,

    takoyaki.. yg cekodok jepun tu kan???

    [Reply]

  2. ejum says:

    susah skrng..nak makan pon memang kene tgok2..masalahnya xtau sama ada wain atau x,..pihak berkuasa kene war2 kan nama restoran yang tak bertanggungjawab mcm ni

    [Reply]

    cikmin Reply:

    ye la ejum..mujur la cikmin takde plan mana2 hotel atau restoran tahun ni..kadang2 mereka tak reveal la restoran mana..

    [Reply]

  3. izan ishak says:

    betul tu cikmin. sbg pengguna kalu dah ada sijil halal wpun palsu, manalah kita tau kan… bila dah dibongkar camni barulah kita terbuka mata bahawa makan diluar tu tak semestinya selamat dr segi halal haramnya

    [Reply]

    cikmin Reply:

    ye la izan..jalan terbaik tak payah masuk,kang dah masuk kita was2 pulak kan..

    [Reply]

  4. kulanz says:

    sekarang ni banyak peniaga ambik kesempatan.. kalau tak berhati-hati kita juga yang jadi mangsa

    [Reply]

    cikmin Reply:

    betul tu..dah naik risau ni kalau nak singgah makan ditempat yang agak class..tapi jangan pulak pandang remeh pada kedai makan yang biasa2 tu jugak kan..

    [Reply]

  5. suffer8zine says:

    nape tutup brand tu , adess

    [Reply]

    cikmin Reply:

    dah memang macam tu la bro..bukan cikmin yang kasi blurr.. :P

    [Reply]

    rashid Reply:

    mungkin taknak orang beli kot…imagine kalau yang tengok tu orang minum arak, kan dah free advertise…hehe

    [Reply]

    suffer8zine Reply:

    ooo ingt sis yg kasi blur, heh, tu la, kang kalau x blur ade org beli lak, kalau blur x tau pulak brand ape, lau tau leh jugak beware

    [Reply]

    cikmin Reply:

    cikmin pun terhingin jugak nak tahu brand apa tu.. :P

    [Reply]

  6. biasa ar.dok kejar untung je.sensitiviti orang x penting pada dia.naseb baek ada jakim.klau x sampai bile2 pon org islam bebuke dengan benda haram

    [Reply]

    rashid Reply:

    mungkin dorang ni amalkan, selagi tak kena tangkap maka diorang masih tak salah…tapi Allah nak tunjukan yang mereka itu salah…

    [Reply]

    cikmin Reply:

    semoga mereka cepat sedar akan kesalahan mereka menganiya kita umat islam..

    [Reply]

    cikmin Reply:

    wallahualam bissawab…

    [Reply]

  7. rashid says:

    Teruk la sekarang ni…memang sedap siapa yang makan, tapi tolonglah hormati kepercayaan dan pegangan agama masing-masing…

    [Reply]

    cikmin Reply:

    betul tu.. :)

    [Reply]

  8. kakngah says:

    itu lom termasuk letak topekong kat dapo lg…
    lg haru….

    [Reply]

    cikmin Reply:

    topekong tu apo ngah?tokkong ke?

    [Reply]

    kakngah Reply:

    @cikmin,

    hahahaha!! kemain lama aku nk jwp soklan ko ni..
    tokkong la…

    [Reply]

  9. el says:

    pihak JAKIM skrg ni tlh berkuatkuasa menjlnkan operasi derang kt hotel2 yg mnjlni buffet ramadan ni..mmg betul..kita patut hati2 bila makan kt otel2 yg tiada pengiktirafan JAKIM or halal…korg kena ati2 jgn terlalu excited mkn kt otel tu…(nape ayat aku cam poyo jek hahahahahaha)

    [Reply]

    cikmin Reply:

    ha tu la pasai..pesal ada bau POYO…hahahaha.. :P

    [Reply]

  10. huh, skang neh logo ade halal pon lom tentu halal nyer, teruk tol la… baik msk je kt umah :P

    [Reply]

    cikmin Reply:

    betul tu qis..kita masak je la kat rumah kan..hehehe..

    [Reply]

  11. emm, bahaya ni.. makin menjadi2 masalah mcm ni..

    [Reply]

    cikmin Reply:

    ye memang bahaya..macam kat supermall besar2 tu pun kadang2 macam was2 jugak.. :P

    [Reply]

  12. tehr says:

    sepaptutnya pengusaha seperti ini disaman habis2an oleh seramai mungkin pelanggan yang dah terkena
    …biar semuanya serik

    [Reply]

    cikmin Reply:

    kalau kita tahu restoran tu kan senang…erkkk..kalau tak terkena boleh samam jugak tak?

    [Reply]

  13. Anip says:

    aduh..mcm2 la…tp slalu bnde2 cmtu yg buat mknn sdp…
    sbb tu mkn kt situ mahal..hmm

    [Reply]

    cikmin Reply:

    ye betul…masa tu kita kira halal berhalal la ye.. :P

    [Reply]

  14. ishak says:

    rasanya saya tahu restoran mana nih

    [Reply]

    kakngah Reply:

    @ishak,

    restoran mana???

    [Reply]

  15. kakngah says:

    cam aku g ferringhi hrtu la… cuak beb nk msk kedai.. bnyk cam non halal jek.. abem ckp.. rasa cam kat hongkong. kedai beer bersepah2 kekekeke…

    [Reply]

  16. Chanel bags says:

    I determined your site via yahoo thanks for the post. I will bookmark it for future reference. Thanks….

Leave a Reply