Khamis ni dah raya,betul ke?

Salam,

Panas hati betul la,hari ni patut projek Tart Nenas Gulung,tengah tunggu adik kedai bakery tu kol untuk collect Butter Golden churn ni,dia tak pulak kol2,aishhh!Dah la khamis ni nak raya,uwaaaaaa!Hari ni sambil tunggu adik kedai bakery tu kol,cikmin buat cleaning la kat rumah ni,basuh langsir,sarung kusyen blablabla.Cikmin ni bukan la jenis tukar langsir perabot baru setiap tahun,tak elok membazir,kalau yang lama masih boleh dipakai kan?

eh kejap!betul ke raya jatuh hari khamis ni?Biar betul ni,mujur dapat sumber yang sah ni..


Usah terpengaruh raya Khamis

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan khabar angin mengatakan Aidilfitri akan disambut pada hari Khamis, sebaliknya menunggu sehingga pengumuman dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata ia sekadar khabar angin itu dan tidak semestinya betul.

Saya mendengar khabar angin itu sejak minggu lalu. Orang ramai tidak perlu keliru sebaliknya menunggu pengumuman pada malam 8 September ini, katanya ketika dihubungi tetapi enggan memberi komen lanjut sebaliknya meminta merujuk ke laman web JAKIM.

Laman web JAKIM menyatakan tarikh Aidilfitri pada tahun ini ialah 10 September 2010 iaitu pada hari Jumaat.

Sementara itu, Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin, menganggap khabar angin itu diada-adakan oleh pihak yang enggan menyambut Aidilfitri pada hari Jumaat kerana perlu melakukan dua solat dan mendengar dua khutbah.

Katanya, pemerintah mempunyai kuasa membuat pengumuman mengenai tarikh sambutan Aidilfitri dan orang ramai tidak perlu keliru dengan khabar angin itu.

Bagi saya, khabar angin ini disebarkan oleh orang yang keberatan melakukan dua solat iaitu solat sunat Aidilfitri dan solat Jumaat. Jarak waktu kedua-dua solat ini membuatkan mereka berasa seolah-olah tidak ada masa untuk berhari raya, katanya ketika dihubungi.
Beliau juga menyatakan Malaysia tidak perlu mengikut ketetapan Arab Saudi kerana negara mempunyai kaedah tersendiri menentukan tarikh hari raya iaitu rukyah dan hisab yang sudah diakui ulama.

Katanya, tidak mustahil anak bulan akan kelihatan pada petang 29 Ramadan tetapi keadaan cuaca di Malaysia yang selalu berawan menyebabkan ia sukar dilihat.

Keadaan itu menyebabkan kita kembali kepada kaedah pengiraan ahli falak, katanya.

Ketua Bahagian Falak, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Dr Kassim Bahali, berkata khabar angin seumpama itu selalu muncul pada tahun Malaysia berpuasa genap 30 hari.

Tahun ini kita berpuasa genap 30 hari yang bermakna Aidilfitri akan disambut pada hari Jumaat, 10 September 2010. Selalunya itu yang terjadi. Bila puasa genap 30 hari, akan muncul khabar angin menyatakan puasa cuma 29 hari. Saya tak percaya dengan khabar angin itu dan meminta orang ramai tidak menghiraukannya.
Saya bertegas dengan pengiraan yang dibuat kita akan menyambut hari raya pada hari Jumaat, katanya ketika dihubungi semalam.

Kassim yang turut menjadi sasaran pertanyaan orang ramai mengenai perkara itu, berkata beliau akan muncul dalam satu program dengan radio Melaka untuk bercakap mengenai khabar angin berkenaan dan dirakamkan dalam bentuk video yang boleh ditonton menerusi laman web www.khawarizmiobs.com selewat-lewatnya petang semalam atau pagi ini.

Sumber : Berita Harian Online

Number of View :649

Incoming Search Terms:

  • betul ke ni (1)
  • golden churn butter (1)
  • hati betul (1)
  • khamis (1)
  • rumah mazuin hamzah (1)
You can leave a response, or trackback from your own site.

38 Responses to “Khamis ni dah raya,betul ke?”

  1. ejum says:

    kalau raya khamis pengsan ooo..esok msti jem giler..baru nak plan balik raya esok

    [Reply]

    cikmin Reply:

    memang jem la bentong ni dengan kereta nak balik menuju ke kelantan…masa tu kalau nak kuar beli barang kena naik motor la cikmin ni..huhuhu..

    [Reply]

    rashid Reply:

    Balik pagi la…errr umah jauh eh…hehe

    [Reply]

  2. Hawa says:

    ramai cakap kan..pak cik awe cakap mungkin betul sebab tak nak ada dua kali solat dalam satu hari..solat jumaat dan solat hari raya…ape2 pun tunggu pengumuman 8 hari bulan nanti..kalu 9 betul raya..kalut dan jem jalan…

    [Reply]

    cikmin Reply:

    uwaaaaaa!!! takmo la raya khamis..banyak tak siap lagi ni…bukan ke sebelum2 ni pernah jugak solat 2x dalam 1 hari..ok je…dulu2 kot..ingat tak ingat dah…hehehe..

    [Reply]

    yanmie Reply:

    salam kak yep betu dulu pernah je raya jatuh hari jumaat. pastu pernah jugak sekali puasa kita tak cukup sebulan..ehehe kelam kabut jadiknye, klu tak silap masa thn 1999 kita pausa 29 hari je :P

    [Reply]

    cikmin Reply:

    ishhh….solat hajat mohon anak bulan tak nampak ni.. :P biar la raya jumaat…

    [Reply]

    rashid Reply:

    Hehe…golongan ibu lah yang paling sibuk…ank-anak tau raya je…proud of you sebab tabah walaupun khabar angin ni maca yok yok o je…hehe

    [Reply]

    cikmin Reply:

    alhamdulillah…doa dimakbulkan..sempat la lagi satu hari ni nak buat macam2.. :P

    [Reply]

    tehr Reply:

    ada yang minta sangat2 nak raya hari khamis ni..
    camana ni cikmin? dah siap semua ke?

    [Reply]

    cikmin Reply:

    huhuhu…salah tekaan tu… :P

    [Reply]

  3. yebbit says:

    yebbit pon ade dgr pasal ni. bju raye pon xbli lgio ni.

    [Reply]

    cikmin Reply:

    cikmin pun takde baju kurung lagi..uhuks…

    [Reply]

  4. rashid says:

    Biarlah ahli falak yang tentu dan umumkan…tak perlu buat ramalan liar, nanti kalau ramalan itu betul, mula lah bangga diri…sedangkan itu kuasa Allah…lagi pun, sotong paul tu pun tak tau bile raya nye…hehe

    [Reply]

    cikmin Reply:

    mujur la meraka tak panggil sotong paul tu kan…hiks…

    [Reply]

  5. Anip says:

    huh…macam2 khabar angin…
    kite tunggu dan lihat jer..hmm..

    [Reply]

    cikmin Reply:

    ye betul..khabar angin je tu…hehehe…

    [Reply]

  6. rosaliza says:

    Salam Cikmin..tak kisah lah raya hari apa pun..akk blk kg esok..heheheh seronoknya blk kg. Akk pun ada dgr gitu juga, raya hari khamis..mcm tak caya je….apa2 pun selamat hari raya buat min sekeluarga

    [Reply]

    cikmin Reply:

    wasalam kak..seronoknya kak liza nak balik kampung dah ye..selamat hari raya ye kak.. :)

    [Reply]

  7. ProfHariz says:

    Haaha.. tapi betul kot.. itu semua dusta belaka :P
    ekeke..
    x sabar tunggu pakcik tuh umum pakai baju kaler coklat tanah

    [Reply]

    cikmin Reply:

    prof…baju kaler apa tadi pakcik pakai?

    [Reply]

  8. tehr says:

    rasanya raya hari jumaat la cikmin

    salam lebaran
    hati2 bila memandu

    [Reply]

    cikmin Reply:

    alhamdulillah tehr..termakbul tu..salam lebaran buat tehr dan keluarga jugak…cikmin raya kat sini2 je..

    [Reply]

  9. Salmia says:

    terngiang2 lagu balik kampung by sudirman.
    ahaks..

    [Reply]

    cikmin Reply:

    Selamat hari raya mia… :)

    [Reply]

  10. eyriqazz says:

    raya jumaat..hik3…jgnla khamis..dahla cuti dpt 2 hari je…sah2 jem gile ari rabu semua nak balik..

    [Reply]

    cikmin Reply:

    lega dah kan…hiks…

    [Reply]

  11. AyieBlog says:

    Salam,hahaha kalau bab Raya laju je kan?? kalau bab puasa lambat je,lepa 2 dah nak dekat raya,baru cakap alah tak puasalah berpuasa.. hehehehe,apa-apa akak selamat menyambut hari raya maaf zahir dan batin :P .

    [Reply]

    cikmin Reply:

    wasalam ayie..rindu jugak ni nak tinggalkan ramadhan..ntah2 ini ramadhan terakhir cikmin..mana la tahu kan… :( Selamat hari raya buat ayie dan keluarga jugak ye..

    [Reply]

  12. kulanz says:

    ada juga terbaca khabar angin tu..
    tapi ketetapan raya akan dibuat malam ni.. sama2 kita tunggu..
    tapi harap2 raya hari Jumaat..

    [Reply]

    cikmin Reply:

    lega dah ni raya jumaat…hehehe…

    [Reply]

  13. inahar ali says:

    cikmin cayang..meh amik kad raya kt umah akak ye!! muaaahh..

    [Reply]

    cikmin Reply:

    thanks kak ina..nanti kita pi ambil ye…sayang kak ina… :)

    [Reply]

  14. retna says:

    Samat Hari Raya cik min….
    raya esok pun best gak.. panjang sket coti hehee ;)

    [Reply]

    cikmin Reply:

    Selamat hari raya buat retna jugak..lega dah ni dengar jumaat raya…huhuhu…

    [Reply]

  15. love2cook says:

    Hi KakMin…hru doing??? So sorry for not have visiting U lately…missed U n Faheem lor! :D

    Selamat Hari Raya Aidilfitri ya kak! Have a fun n safe celebration…! :)

    [Reply]

    cikmin Reply:

    hi love..kakmin dengan faheem doing well…miss u too dear…tapi kakmin pun bizi sangat nak jengah u dear…thank you yeah.. :)

    [Reply]

  16. kakngah says:

    tak kira la raya hari apa..
    aku nk ucapkan selamat hari raya nok….

    [Reply]

Leave a Reply