Misteri Kehilangan Datuk Sosilawati

Datuk sosilawati

 

Salam,

Terkejut dengar berita di TV3 mengenai kehilangan Datuk Sosilawati pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages bersama Pemandu Peribadi,Peguam dan Pegawai Banik.Datuk yang pernah menjadi isteri kepada penyanyi Lefthanded Nash,hilang ketika pergi menguruskan bisnesnya selama 3 hari di Banting tak silap cikmin,selepas 3 hari tak balik-balik rumah,diculik kah?kemalangan kah?Datuk ni memang kaya,cikmin kagum tengok kekayaan yang dimiliki Datuk Sosilawati ni.Rumah agam yang besar,perabot mewah dan kereta mewah.Murah rezeki dia dalam perniagaan yang diceburinya.

Semoga kehilangan Datuk dan 3 individu yang lain tu tak akan menjadi misteri lagi selepas ini,Kita doakan mereka ditemui dengan segera.Raya pun dah nak hampir ni,kesian pada keluarga masing-masing.

 

Nota Jari : Sibuk-sibuk pun sempat lagi ni tengok blog..


UPDATED:

KUALA LUMPUR 5 Sept. – Keluarga pemilik syarikat kosmetik terkenal, Nouvelle Beauty Centre Sdn. Bhd. (Nouvelle Beauty), Datuk Sosilawati Lawiya membuat laporan polis setelah mendapati usahawan wanita bertaraf jutawan itu hilang sejak 30 Ogos lalu.

Difahamkan, Sosilawati, 47, tidak pulang ke rumah setelah pergi ke Banting, Selangor bersama tiga lagi yang lain untuk menemui seorang peguam bagi menyelesaikan urusan pembelian tanah di Pulau Pinang.

Sosilawati yang juga bekas isteri kepada bekas penyanyi kumpulan Lefthanded, Nash atau Nasharudin Elias dilaporkan hilang bersama pemandu, peguam peribadi serta seorang pegawai sebuah bank.

Sejak itu, keempat-empat mereka tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi oleh ahli keluarga masing-masing.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, seorang anak Sosilawati telah membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, Khamis lalu, kerana bimbang keselamatan ibunya itu.

Beliau berkata, polis yang menerima laporan itu buat masa ini mengklasifikasikan kes tersebut sebagai orang hilang memandangkan tiada mana-mana pihak menghubungi keluarga mangsa meminta wang tebusan.

“Sosilawati bersama pemandu, peguam dan seorang pegawai sebuah bank dimaklumkan telah pergi ke Banting pada 30 Ogos lalu dan tidak pulang ke rumah sehingga kini.

“Mereka dikatakan pergi menaiki dua kereta termasuk sebuah kereta Mercedes-Benz milik Sosilawati,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Muhammad Sabtu berkata, usaha menjejaki keempat-empat mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an dan kereta dinaiki mereka sehingga kini tidak berhasil.

Beliau berkata, pihaknya turut mendapatkan bantuan daripada Jabatan Siasatan Khas (D9) Bukit Aman untuk membantu menjalankan siasatan dan mengesan mangsa.

Setakat ini, katanya, polis sudah memanggil tiga individu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan iaitu anak Sosilawati dan isteri kepada dua mangsa yang lain.

“Kita juga sedang menyiasat dakwaan bahawa mangsa hilang bersama sejumlah wang.

“Siasatan bagi mengesahkan perkara itu penting kerana terdapat keterangan bercanggah iaitu sama ada mangsa membawa wang tunai atau cek,” katanya yang enggan mendedahkan jumlah wang didakwa dibawa oleh mangsa.

Namun, difahamkan, Sosilawati membawa wang berjumlah jutaan ringgit berkemungkinan untuk digunakan bagi proses urusan pembelian tanah berkenaan.

Menurut Muhammad Sabtu, polis memerlukan kerjasama orang ramai untuk memberi maklumat bagi membantu mengesan mangsa.

Katanya, sesiapa yang ternampak atau mempunyai maklumat lokasi mangsa berada boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Difahamkan, selain membuat laporan polis, keluarga Sosilawati turut mendapatkan bantuan daripada pengamal perubatan tradisional untuk membantu mengesan usahawan terbabit.

Sementara itu, difahamkan, salah seorang anak Sosilawati ada menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada ibunya dalam tempoh tersebut bagaimanapun ia sukar difahami.

Anak mangsa yang cuba menghubungi Sosilawati namun gagal.

Hasil maklumat diterima keluarga mangsa, polis juga ada menyerbu sebuah rumah di Jalan Duta, di sini, namun tidak menemui mangsa.

Kali terakhir Sosilawati dilihat berada di khalayak ramai adalah semasa menghadiri majlis berbuka puasa bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, anjuran Dewan Perniagaan Melayu Selangor, 28 Ogos lalu.

Sementara itu, Nash mendoakan bekas isterinya dalam keadaan selamat dan tiada perkara buruk berlaku.

“Saya tak tahu apa-apa sehinggalah dihubungi wartawan yang mahu minta komen,” katanya menerusi SMS di sini hari ini.

Menurut Nash, beliau bukanlah individu yang sepatutnya ditanya mengenai perkara itu kerana hubungannya dengan Sosilawati sudah berakhir dan wanita itu juga sudah berkahwin lain.

“Sepatutnya tanya suami dia sebab semua orang tahu dia ada suami. Saya tiada kena mengenai lagi dengan dia, tapi doa saya supaya dia selamat,” jelasnya lagi. Sumber : Utusan

Number of View :1567

Incoming Search Terms:

  • rumah datuk sosilawati lawiya (38)
  • datuk sosilawati lawiya (22)
  • sosilawati lawiya (17)
  • anak datuk sosilawati (14)
  • rumah sosilawati (13)
  • gambar rumah datuk sosilawati (13)
  • rumah datuk sosilawati (13)
  • rumah sosilawati lawiya (8)
  • rumah dato susilawati (7)
  • keluarga datuk sosilawati (7)
You can leave a response, or trackback from your own site.

41 Responses to “Misteri Kehilangan Datuk Sosilawati”

  1. DaHLia says:

    erkkk siyes kah ni cikmin??
    alahai…ke luar negara kut?

    [Reply]

    cikmin Reply:

    tajuk berita utama di berita tv3 tadi DJ..serius lah tu…

    [Reply]

  2. yanmie says:

    tulah kak terkejut gak td..harap2 diorang semua selamat :)

    [Reply]

    cikmin Reply:

    kebetulan akak tengah ngadap lappy..terkejut beruk jap dengar berita tu..semoga mereka tak hilang lama2 kan yan…insya’ALLAH…

    [Reply]

    suarapeople Reply:

    @yanmie, diaorg xselamat dah :(

    al-fatihah

    [Reply]

  3. ejum says:

    alamak..xtgok berita plak tadi
    mcm mane lar pulak boleh ilang.ish2

    [Reply]

    cikmin Reply:

    ntah la ejum..misteri kan…

    [Reply]

  4. hamid karim says:

    aah…hilang misteri. Kat Banting. Takut ada hal lain. apa pun moga dia selamat. kesian anak-anak dan keluarganya dah dekat raya..kalau ada maklumat maklumkan polis..dan panjang-panjangkan maklumat kehilangannya kepada ramai orang supaya semua alert

    [Reply]

    cikmin Reply:

    mari la kita sam berdoa..semoga mereka ni takde apa2 masalah..

    [Reply]

  5. Noorma says:

    Aku pun terkejut dengar berita tu tadi..apalah yang terjadi yer.. Datuk Sosila ni mmg kuat kerja, sekejap jer dh kaya..

    aku cakap ler kat laki aku, kalo kerja kuat mcm datuk Sosila ni, cepat ler sikit awak jadi Datuk dan aku jadi Datin. Pas tu dapat pakai kete beso dll..

    ko tau apa dijawab dek laki aku?? dia kata kalo sanggup bagi dia balik sampai 3-4 pagi, jumpa costomer sana sini,tak kira lelaki pompuan, mungkin impian tu cepat tercapai.. Aku??hampeh betoi la laki aku ni… (aku ni hari2 laki aku balik pukul 12tghari..kalo balik lambat mulalah aku memekak..hahaha…) mana jer laki aku pegi, aku mengekor..abih tu camno??

    [Reply]

    cikmin Reply:

    wah kau..bukan main tinggi impian kau ye..mudahan laki kau boleh dapat datuk ye noorma..tapi tu la..balik lambat je kau dah bebel camno? aku lak tanya kau balik ni.. :P

    [Reply]

  6. Aiyak!… macam2 sekarang nih… Moga Allah pelihara kita semua..

    [Reply]

    cikmin Reply:

    insya’ALLAH mudahan…

    [Reply]

  7. Anip says:

    sempat aje..huhu..
    xkan kene culik kot..
    xkan xde kabar berita kot..
    hmm..misteri nie..

    [Reply]

    cikmin Reply:

    tu la yg peliknya..takkan semua henpon mereka tu tak dapat dihubungi eh?

    [Reply]

  8. shiori says:

    ye cikmin kita pun terkejut jugak dengar tadi.memang misteri sebab nak kata kena culik yakde lak tuntutan dari penculiknya ye….mungkin kemalangan kah kereta masuk gaung then takde orang jumpa….nauzubillah mintak2 dijauhkan la ye..sama2 doakan moga dia selamat kembali ke pangkuan keluarga..

    [Reply]

    cikmin Reply:

    nauzbillah..takutnya dengar kalau kemalangan macam tu sampai orang tak jumpa..insya’ALLAH mereka segera ditemui…

    [Reply]

  9. lagenda says:

    sama2 la kita berdoa semuanya ok dan tunggu ajelah berita terbaru

    [Reply]

    cikmin Reply:

    insya’ALLAH mak…

    [Reply]

  10. Reena says:

    alahai ruginya tak tengok berita. kita pun kagum dengan kekayaan dia kak! haha~

    [Reply]

    cikmin Reply:

    mungkin ada ulangan kot tengah malam ni..cuba tengok nanti..orangnya tak lawa mana..tapi kecekalan dia bekerja cari duit tanpa suami sebelum ni tu yang kagum tu..sampai kaya raya kan dear…

    [Reply]

  11. tehr says:

    ada dengar berita kat tv

    dah dekat benar nak raya ni
    tentu keluarga mereka amat risau
    harap2 semuanya selamat

    [Reply]

    cikmin Reply:

    ye la tehr..semoga dipermudahkan oleh-NYA…

    [Reply]

  12. ProfHariz says:

    mungkin kes culik kot… yelahkan kehidupan orang kaya…
    apa2 pun mudah-mudahan dia selamat…

    [Reply]

    cikmin Reply:

    takkan la sampai ada 3 lelaki lain pun kena colek..ishhh..memang misteri lah..insya’ALLAH..kita doakan yang baik2 saja..

    [Reply]

  13. kak ina kl says:

    semuga beliau dan 3 yang lain selamat..

    [Reply]

    cikmin Reply:

    semua hilang contact…ntah apa la yg berlaku…

    [Reply]

  14. kulanz says:

    harap2 mereka yang hilang tu segera dijumpai..

    [Reply]

    cikmin Reply:

    insya’ALLAH…walaupun dah banyak hari..harapan tu masih ada…

    [Reply]

  15. sharifah says:

    Pergi dgn dua biji kereta.kalau masuk gaung tak kan dua2 masuk sekali.kalau satu masuk satu tak masuk,yang tak masuk mesti repot kemalangan.ni semua hilang.takkan tak tau kut…nak beli tanah tak perlu bawa cash berjuta2.takkan si lawyer tak advise demi keselamatan klien.buat saja banker’s cheque.selamat.mungkin jugk kena culik.penculik tak perlu minta wang tebusan kerana dato dah bawa 4 juta.duit di ambil mangsa di…….

    [Reply]

  16. sharifah says:

    Bagi Kaum keluarga Dato dan lain2..bacalah Yaassin banyak2.semoga mereka cepat ditemui.

    [Reply]

  17. [...] Dah raya ke 3 hari ni,masih dalam mood yang sangat boring walaupun malam tadi keluarga kami dapat gondol 3 hadiah dalam Majlis BBQ Mega Raya di rumah Moyang bujang kenit. Nak update cerita raya pun takde mood lagi ni,tahun depan kalau panjang umur waktu hari raya mungkin nak tukar angin pulak,wahhh!Nak layan internet pun macam malas je apalagi la blog kan,pukul 2 petang tetiba terasa nak bukak web Nuffnang,untuk apa?tengok earning ke trafik?Terkejut beruk kejap,pencarian keyword Datuk sosilawati duduk di ranking atas sekali dengan hampir 1k carian,mereka yang masuk kesini dengan kata kunci tu mungkin sedang mencari maklumat tentang Misteri Kehilangan Datuk Sosilawati. [...]

  18. fit says:

    kami seklrge b’doa semage semue ye selamat….hrp kak ernawati tabahkan hati m’hdpi segala ujian Allah…

    [Reply]

  19. [...] berkongsi info tentang berita terkini Datuk Sosilawati Lawiya yang hilang dan sudah jugak terjawab misteri kehilangan beliau bersama 3 individu yang lainnya.Berita terkini [...]

  20. kakngah says:

    al-fatihah..
    arwah dh dia.. smeoga rohnya dicucuri rahmat…

    [Reply]

    suarapeople Reply:

    @kakngah, alfatihah

    [Reply]

  21. nur ilyana says:

    kesian nye lh…

    [Reply]

    anis Reply:

    @nur ilyana, emmm…..kesian-kesian….

    [Reply]

  22. anis says:

    anis rasa kecewa dgn sifat manusia zaman skarang……. sanggup membunuh, apatah lg, memebakar….dgn ini anis ingin mndoakn agar beliau dtmptkan dgn golongn org yg beriman…

    [Reply]

Leave a Reply