Perkongsian: Andai Rasulullah Bersama Kita

ANDAI RASULULLAH BERSAMA KITA….
Posted by Noraslina binti Jusin | Posted in Dunia wanita, Muhasabah diri | Posted on 11:43:00 AM

Wanita itu menangis. Walau wajahnya terlindung di sebalik purdah, dan hanya menampakkan sepasang matanya yang bening, tetapi suaranya yang sayu dan sebak beserta linangan airmata yang tumpah menggambarkan segala rasa yang menggigit tangkai jiwanya.

Melihat itu, saya turut mengalirkan air mata.Sudah banyak kali saya menyaksikan petikan video yang satu ini. Jika diulang tayang berkali-kali pun, ia masih menghadirkan keinsafan di dalam diri. Kolam air mata mana yang mampu menampung limpahannya, jika persoalan yang bermain di kepala membuak kesayuan yang tiada taranya.

Persoalan yang sukar dijawab tetapi juga adalah impian setiap muslim dan muslimah yang beriman.Inilah yang berlaku kepada diri saya setiap kali menonton petikan video yang menampilkan satu rancangan berbahasa arab bertajuk : Lau kaana bainana. Rancangan ini mengenengahkan persoalan bagaimana sekiranya Rasulullah SAW, hidup dan berada di tengah-tengah kehidupan moden hari ini.

Bersama-sama kita!…

Nota Hati : Artikel ini cikmin baca dan ambil dari blog Kakchik,sekadar untuk berkongsi dengan teman-teman yang singgah kemari,artikel ini ada sambungannya,sila la melawat ke blog kakchik untuk membacanya.Terima kasih kakchik kerana berkongsi dengan kami jugak.

NOTA: Artikel di atas kakchik salin dari seorang sahabat, Ina. Oleh kerana tulisannya sangat bagus untuk dimanfaatkan bersama, kakchik kongsikan di sini. Semoga kita sama-sama beroleh faedah yang sangat berharga dari kandungan artikel ini

Number of View :679

Incoming Search Terms:

  • andai rasulullah bersama kita (32)
  • andai rasulullah masih ada (15)
  • lau kaa na bainana (5)
  • andai rasulullah masih Ada lirik (4)
  • andai rasulallah bersama kita (3)
  • sekiranya rasulullah bersama kita (2)
  • andai rasullulah bersama kita (2)
  • lirik andai nabi muhamad bersama kita (2)
  • lirik andai rasulullah masih ada (2)
  • laukaana bainana (1)
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Perkongsian: Andai Rasulullah Bersama Kita”

  1. h4ni3 says:

    hanie pun sebak n menitik air mata masa tengok apa yang perempuan tu ucapkan… :’|

    [Reply]

  2. Lee says:

    marilah sama-sama kita perbaiki diri…serlahkan cinta kita kepada Baginda S.A.W ….

    [Reply]

  3. Ayu Safieza says:

    Alhamdulillah cikmin, Ayu suuuuuuuuuuuuuuuuka tazkirah semacam ni. Selalu1kanlah ingatkan kita sesama kita yer…;)! Caaaaaaaaaaaaayang cikmin!!!

    [Reply]

  4. rashid says:

    Betul la cikmin, manusia sekarang tak akan percaya selagi tidak Allah tunjukan depan mata…sistem pendidikan barat kat negara kita menghapuskan rasa cintakan pencipta dan rasulnya…cume beberapa subjek sahaja boleh percaya..

    [Reply]

    tehr Reply:

    sampaikan iklan hari raya pun dah terpesong dari matlamat dan arah sebenar
    …sedih selamanya

    [Reply]

  5. Ayu Safieza says:

    Assalamualaikumwbh Cikmin…

    Salam Eid, Maaf Zahir Batin ya…ada kad raya and jgn lupe pick up kat dapur AYu jika sudi yer…take care cikmin!!! Berhati2 dijalan raya tuuu….;)

    [Reply]

  6. kakngah says:

    so touching!
    betul2 menusuk kalbu la..

    [Reply]

Leave a Reply