gambar dari google
KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menentukan Hari Raya Aidilfitri tahun ini ialah pada 8 September ini.
Ia akan dilakukan di 30 tempat yang ditetapkan di seluruh negara, demikian menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.
Majlis Raja-Raja sudah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan melalui radio dan televisyen pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan.
Tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan); Bukit Melawati, Kuala Selangor (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Pantai Pasir Panjang (Perak); Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).
Selain itu, Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan).
Turut terbabit Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindung, Kuantan (Pahang).
Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis). – Bernama
Nota Jari : Tak sabar nak beraya tahun ni sebab ada bujang kenit..tahun lepas tengah sarat..
Number of View :631Incoming Search Terms:
- gambar anak bulan (1)


kita beraya hari jumaat kan
dah x lama dah..
ramadhan pun bakal meninggalkan kita
[Reply]
cikmin Reply:
September 1st, 2010 at 6:08 pm
ye la prof..mesti rindu dengan bulan ramadhan nanti…
[Reply]
kakngah Reply:
December 16th, 2010 at 10:35 pm
@cikmin,
sekejap jek sbln berlalu..
tka terasa pun…
[Reply]
Ramadhan tahun ni kurang rasa… raya pun tak berapa nak rasa… sibuk dengan cabaran menyiapkan tugasan duniawi.. huhuhu..
[Reply]
kakngah Reply:
December 16th, 2010 at 10:36 pm
@fahmi ibrahim,
kalau ada umur lg.. ramadhan akan dtg.. jgn lepaskan peluang merasa kenikmatannya..
[Reply]
dah nak dekat raya dah kita ni..selamat hari raya cik min..huhuh awal lagi dah wish tu..heheh
[Reply]
cikmin Reply:
September 2nd, 2010 at 12:06 pm
selamat hari raya maaf zahir batin buat farah jugak…
[Reply]
kakngah Reply:
December 16th, 2010 at 10:37 pm
@farah,
slmt hari raya utk farah juga…
[Reply]
wah… terasa makin dekat nak raya ni..
[Reply]
cikmin Reply:
September 2nd, 2010 at 11:27 am
yeayyyyy!! nak raya..nak raya..
[Reply]
kakngah Reply:
December 16th, 2010 at 10:38 pm
@Salmia,
selamat hari raya mia..
[Reply]
Selamar hari raya kak…hehe
[Reply]
kakngah Reply:
December 16th, 2010 at 10:38 pm
@rashid,
selamat hari raya rashid…
[Reply]
anak bulan dilihat dan intai lagi
tapi… ada orang buang2 anak pulak sesuka hati
sedih kan cikmin? kan?
[Reply]
kakngah Reply:
December 16th, 2010 at 10:39 pm
@tehr,
btl tu.. hati manusia jenis apakah merera ini??
sedangkan haiwan pn pandai sygkan anak…
[Reply]
tak sabar nak beraya.. hehe..
selamat hari raya utk cikmin..
[Reply]
cikmin Reply:
September 3rd, 2010 at 4:50 pm
Selamat hari raya jugak buat azuan..
[Reply]
8 september
10 hari lg hari lahir ku
[Reply]
selamat hari raya utk cikmin & keluarga…
[Reply]