Must Read

Cikmin.com yang dirasmikan pada 1 Feb 2010 merupakan sebuah laman blog peribadi yang mengisahkan tentang cikmin dan keluarga,disamping itu cikmin.com juga berkongsi info,destinasi percutian,resepi masakan,luahan perasaan,tips dan petua berguna untuk dimanfaatkan bersama.Bermulanya terjebak dalam dunia blogging secara tak sengaja pada 1 April 1998 di myfaheem.com, blog tersebut masih beroperasi sehingga ke hari ini.Feel free to visit http://www.myfaheem.com.

Pemilik blog iaitu Cikmin lahir pada 28 Julai 19xx, seorang isteri dan ibu kepada beberapa orang anak yang sangat meminati bidang masakan walaupun tak sehandal chef wan,suka photography walaupun tidak memiliki DSLR, dan pernah melancong ke luar negara seperti Ireland dan beberapa negeri di Indonesia, itu je yang termampu setakat ini.

Sangat admire dengan gadget-gadget terkini, berblogging menggunakan Sony Vaio dazzling red yang dibeli pada tahun 2007, juga memiliki Dell Inpsiron yang dibeli khas di Ireland sempena ulangtahun perkahwinan ke 10 tahun.Ketika ini cikmin menggunakan smartphone Nokia N97, hadiah dari my darling sempena ulangtahun kelahiran yang ke 36.

Sekian sahaja coretan dari cikmin, sekiranya ada kemusykilan atau pertanyaan mengenai blog dan tentang sewa pengiklanan di blog ini, sila jangan segan untuk email cikmin di contact me.

Disclaimer / Penafian

Cikmin.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berdasarkan kepada pendapat peribadi semata-mata. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja dan sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Apa jua maklumat, bahan atau kandungan yang dirujuk kepada atau dipautkan dalam blog ini disediakan tanpa pernyataan dari pihak lain. Setiap gambar yang tidak dikreditkan kepada mana-mana pihak adalah milik pemilik blog sepenuhnya. Penggunaan gambar atau petikan entri sebahagian atau sepenuhnya tanpa izin atau tak dikreditkan kepada pemilik blog adalah dilarang sama sekali.

Setiap komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain, atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Number of View :2781

Incoming Search Terms:

  • kesalahan mengugut (4)
  • hukuman kesalahan mengugut (3)
  • hukuman mengugut (3)
  • akta kesalahan mengugut (1)
  • akta mengugut (1)
  • akta penggunaan gambar (1)
  • komen vaio (1)
  • menggunakan gambar identiti orang lain (1)
  • percutian ulangtahun perkahwinan (1)